hai assalammualaikum

PKP Dilanjutkan Sehingga 28 April, Kita Akan Hadapi The New Normal - Setiap kali perutusan dari Perdana Menteri mesti akan dinantikan oleh kita semua. Dalam keadaan situasi sekarang, apa yang disampaikan Perdana Menteri sangat penting. Dan haritu, Perdana Menteri memberitahu baha Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehinngga 28 April. Alhamdulillah..Nad memang setuju diteruskan bagi mengurangi penularan covid 19 ni. Dan harap akan dilanjutkan sampaila rasa keadaan betul-betul pulih.


Nad pun dah rasa seram dan fobia je bila nak keluar. Kalau dah habis PKP pun, belum tentu nak keluar sahaja-sahaja. Perdana Menteri pun ucapkan terima kasih kepada rakyat yang mengikut arahan dan yang membantu. Kita ni seperti saudara kan, masih lagi dapat bantu membantu sesama kita. Alhamdulillah.

Kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 15 April sehingga 28 April.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memahami bahawa ekonomi negara terjejas kerana sekatan-sekatan yang dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.


"Untuk itu, kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garispanduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat,"katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Jumaat.

Mungkin ada yang tak puas hati, beberapa sektor boleh beroperasi, sebab apa, sebab takut PKP yang dibuat buang masa, takut mereka yang bekerja ni akan menyebabkan penambahan Covid.

Nad pun ada terfikir juga, tapi mungkin kerajaan dah berbincang, apa yang perlu dilakukan. Adalah syarat dia yang perlu dilakukan. Kerajaan takakn bagi buka macam tu je. Siapa yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberi tu.

Jadi, sektor yang boleh beroperasi tu, haraplah mengikut arahan yang diberi. Jangan disebabkan korang boleh bekerja, dan dapat keluar rumah, lupa tentang social distancing, tentang kawalan yang perlu dilakukan ni. Harap beri kerjasama.

Kita Hadapi " The New Normal "

Kehidupan masyarakat untuk bulan atau tahun mendatang tidak akan kembali seperti biasa apabila akan wujud banyak lagi kebiasaan baharu atau new normal dalam kehidupan dan mereka harus menerima hakikat itu sama ada suka atau tidak.

" The New Normal " ini dijadikan sebagai budaya yang perlu dipatuhi bagi memutuskan penularan wabak Covid-19. Contohnya seperti bersalam. Kalau dulu kita berjabat tangan, tapi sekarang tak perlu, hanya meletak tangan di dada.

Pelbagai langkah diambil kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 antara yang utama rakyat diajar untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan kebersihan setempat sepanjang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hasilnya, masyarakat menjadi lebih peka akan kepentingan menjaga kebersihan diri dan kebersihan setempat.

Apa yang dicadangkan adalah satu budaya baharu, mungkin dalam masyarakat kita. Namun ia perlu diterima dan untuk terus hidup kita perlu mengikuti peraturan. Memang kita akan rasa terganggu tetapi kita berdepan dengan isu keselamatan dan kesihatan.

Tiada Bazar Ramadhan, Tiada Terawih, Tiada Kunjungan Raya

Penularan wabak Covid-19 memerlukan semua pihak khususnya umat Islam yang menyambut kedatangan bulan Ramadan melakukan ibadah di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

“Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih.

“Jadi berterawihlah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa. Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri hari ini.

Jadi, harap semua dapat bertenang dan hadapi kebiasaan baharu ini. Jiwa kene kental, mental kene kuat, sebab mungkin PKP akan dilanjutkan lagi sampaila betul-betul pulih.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. The New Normal yang perlu kita tempuhi.

    ReplyDelete
  2. Susah gak.. lain daripada amalan kebiasaan... Hmm.. tapi demi kesihatan dan keselamatan, we have to... Ok lah.. terima keadaan seadanyaaa. Kan

    ReplyDelete
  3. insyaallah..ini yg terbaik. smua ada hikmahnya

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2