Shopping Guna Duit Bantuan SARA - Korang dapat bantuan SARA tak? Apa itu SARA? Hah, SARA ni Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan melalui Mykad setiap bulan. Benda ni dah lama, tapi sebelum ni hanya orang tertentu sahaja yang dapat. Nad tau, sebab kakak nad ada dapat SARA ni, sebab dia ibu tunggal. Lepastu, bulan 3 haritu, ada seorang ni post dekat threads, dia kongsi tentang SARA ni.
Dia tulis...
"Just nak share, ngan korang mana yang belum tahu, korang yang STR tu, mesti dapat bantuan SARA ni" Ada la panjang lagi dia cakap. Dia bagitau juga link untuk cek kita dapat ke tak bantuan SARA ni.
Nad apa lagi, terus tekan link tu dan cek status kelayakan. Alhamdullilah, nad dapat bantuan SARA ni. Terus cakap dengan kakak "betul ke ni?". Dia cakap betul la tu, boleh guna bulan 4. Nad dapat RM100, banyak ye dan boleh beli barang apa yang patut. Dapat kurangkan beban.
Lepas tu ramai cek juga. Ada yang dapat , ada yang tak.