hai assalammualaikum

Karnival Minggu Keusahawanan & PKS 2019 Di  Teluk Cempedak Kuantan Pahang - Sekarang nad tengok ramai dah Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia ni. Kebanyakan orang kita memang suka buka bisnes secara kecil-kecilan. Kadang dengan berniaga ni, dapat puas kan hati diri sendiri dan orang lain. Kebanyakan orang kita ni memang kreatif, ada sahaja nak dijualnya, tak kira la dari segi makanan, minuman, kecantikan, kesihatan ataupun kraftangan. Tapi kadang, bila dah berniaga tak tau macam mana nak pasarkan produk mereka, atau yang nak berniaga tapi tak tau macam mana cara yang betul.


Karnival Minggu Keusahawanan & PKS 2019 Di  Teluk Cempedak Kuantan Pahang

Hah!!, ni nad nak kongsi dengan korang, bagi orang Pahang yang ada perniagaan atau ingin menjadi usahawan, korang boleh datang ke Karnival Minggu Keusahawanan & PKS Di Kuantan. Karnival ini akan berlangsung pada 26-28 Julai 2019 bertempat di Teluk Cempedak. Tak rugi kalau korang datang sini. Banyak ilmu yang korang akan dapat. Karnival Minggu Keusahawanan & PKS ni dah ada dijalankan di Sarawak dan Kedah. Kali ni khas untuk orang Pahang pulak.

Antara objektif utama Minggu Keusahawanan & PKS ni ialah untuk :
● Mengiktiraf PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara
● Membudayakan keusahawanan
● Sebagai platform untuk menyebarkan maklumat
● Meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan PKS




Karnival yang berlangsung ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan produk Keusahawanan PKS, menyertai aktiviti yang dijalankan dan mendapatkan informasi daripada sesi taklimat daripada agensi kerajaan dan ushawan yang terlibat. Paling best ada sharing session bersama usahawan berjaya. Masa ni la korang boleh korek rahsia mereka berjaya dan bagaimana mereka memasarkan produk mereka sehingga dikenali. Masa ni pun korang boleh beramah mesra dengan usahawan di situ dan mana tau, boleh bekerjasama sekali..Hah!!, pandai bercakap, banyaklah korang akan dapat.

Banyak lagi aktiviti yang dijalankan semasa karnival ini.  Tak nak nampak bosan, ada je aktiviti jualan, zumba, mewarna untuk anak-anak dan memasak. Sesuai untuk semua peringkat usia datang ke sini.





Baru-baru ni, program Business Matching telah berlangsung. Tengok ramai betul yang hadir. Bersungguh mereka datang sebab nak jadi usahawan yang berjaya..

Aktiviti seperti ni memang bagus bagi mereka untuk belajar bagaimana cara mempromosikan barangan dan memberi peluang perniagaan untuk mereka yang berminat menjadi usahawan. Masa ni la korang kene pergi..Pergi sini pun percuma je..tak perlu bayar apa-apa..

Pengusaha perlu mempunyai motivasi yang kuat dan berani dalam melakukan perubahan sekiranya ingin berjaya dalam bidang perniagaan. Pengusaha harus beranikan diri melangkah keluar dari kedudukan sekarang agar dapat meningkatkan lagi ekonomi serta perniagaan yang sedang diusahakan. Korang harus bijak menggunakan peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan serta pandai membuat keputusan dalam membangunkan perniagaan yang korang dah bangunkan.






Nad suka ke tempat macam ni, sebab nad sendiri sebenarnya minat berniaga. Dulu pun nad belajar dalam bidang keusahawanan. Pernah menjual, pernah buat macam-macam di universiti. Memang bukan senang ye, sebab tu kena ada ilmu dan orang yang bimbing kita untuk berniaga ni. Jadi, untuk orang Pahang, korang save date tu, dan jangan lupa pergi ya...tak rugi pun..


hai assalammualaikum

Bersihkan Muka Dan Makeup Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water - Seharian muka kita ni terdedah dengan cuaca dan persekitaran yang tidak bersih. Kalau boleh nak cuci muka je setiap masa. Tapi, cuci muka kerap pun tak elok. Kenala cuci dua kali sehari. Kalau cuci sahaja pun belum tentu bersih tau. Jadi, kalau nak kulit muka kita nampak bersih,  elok dan terjaga, dari sebarang kekotoran dan makeup,  wajib bersihkan muka dahulu dengan remover makeup. 
hai assalammualaikum

Farhanah Buat Aksi Stunt Pulak Dekat Kampung - Kalau sebelum ni, balik kampung malu-malu kucing, taknak dekat denagn orang, tapi kali ni lain macam pulak. Nampak budak-budak main dekat kerusi dia pun ikut main..Tak sedar diri tu masih kecik lagi oo..Kakak dengan sepupu dia dah la main lompat-lompat dekat kerusi, dia pun nak juga..

Dijadikan cerita, waktu tegahari, memang nad akan pergi lepak rumah kakak, sebelh rumah mak je. Almaklumla, bila tengahari, rumah mak panas sikit, kita pergi rumah beraircond..hahaa. Mas tu pulak nad tertidur sebab dah nyaman sangat dengan aircond yang dipasang tu..Masa tu sedar yang si Farhanah ni masih dekat sebelah tengah menyusu. Entah macam mana, tiba-tiba dengar suara dia menangis. Teru stersedar dari tidur, tengok dia dah jatuh tertiarap. Terus angkat, nampak dah bulat bengkak dekat dahi..besarrr ooooo...Masa ni tak sempat nak ambil gambar..

Terus balik rumah mak, cari ais. Ambil sapu tangan bubuh ais, tuam dekat dahi dia. Tuam pelan, pelan. Nasib Farhanah ni jenis nangis sekejap je. Dapat ais sukala dia, terus senyap.



Esoknya dah surut sikit bengkak kat kepala tu. Nampak la lebam tu..Muncul pulak lembam sikit dekat dengan mata..alahaii..kesian anak mommy. Entah aksi stunt macam mana ntah dia buat. Mungkin dia duduk dekat bahagian tepi kerusi, lepas tu terjatuh ke bawah. Tertiarap pulak. Muka ke lantai dulu..ermm..


Ni kita cakap nak ambil gambar, pandai pulak dia buat peace..Dah dapat sebenjol macam tu, masih tak sedar lagi, nak juga main lompat-lompat dekat kerusi..haishh anak perempuan aku seorang ni..
hai assalammualaikum



Lepak Dan Makan Di Setia City Mall Food Fiesta Bersama Keluarga


Lepak Dan Makan Di Setia City Mall Food Fiesta Bersama Keluarga - Minggu ni,  nad memang bercadang nak duduk kampung seminggu. Bila dah duduk lama tu,  mesti dalam sehari tu nak jalan-jalan keluar pergi shopping mall.  Shopping mall yang selalu kitaorang pergi dan dekat dengan rumah mestila Setia City Mall. Pulak tu,  minggu ni nad tau ada event food fiesta dekat situ. Apa lagi,  ajak kakak, anak buah pergi situ, nak makan sambil tu boleh lepak. Lama juga tak lepak dekat padang Setia City Mall tu.


Sampai sana,  kita jalan-jalan Setia City Mall dulu,  dah lapar baru pergi ke Food Fiesta di Ground Floor hujung sekali berdekatan dengan pintu keluar ke padang Setia City Mall Food Fiesta ni bermula semalam 19 Julai - 21 Julai dan minggu depannya lagi iaitu 26 Julai - 28 Julai dari jam 4 petang sehingga 10 malam.


Food Fiesta ni ada makanan Halal dan Non Halal. Tapi korang jangan risau, ia di letakkan di zon berbeza. Boleh tengok gambar seperti di atas.Dah bagitau siap-siap.







Tempat Food Fiesta ni ada dua tempat, Indoor dan Outdoor . Indoor ni dalam mall,  betul-betul depan pintu nak keluar ke padang. Dalam Indoor ni makanan Thai ada,  kek lapis ada,  kerepek,  warisan opah,  skinny bakers,  dan snek jepun..

Di bahagian outdoor pulak makanan lebih sedap sedikit.. Hehehe.. Ada di bahagian khemah dan foodtruck.




Bahagian luar ni ada makanan Boat Noodle,  Shabu X,  Row Six, Shushi King,  Char Kuew Teow dan banyak lagi..






Ada makanan yang nad pernah rasa dan belum pernah rasa seperti Shabu X yang menjual ondeh dan Row Six menjual Lemongrass Drum Stick.. Yang penting semua sedap.. Nyumnyum..


Dekat sini pun ada durian tau.. Tapi semalam tak sempat..



Hah ni la antara makanan yang nad dengan keluarga dapatkan. Layan la semua..


Ingat nak lepak dekat luar,  tapi entah kenapa malam tu lampu dekat padang takda,  air pancut takda. Jadinya kita makan di meja yang disediakan. Okla ada meja kerusi ni. Dekat luar pun ade meja kerusi.

Semua gembira je dapat makan. Kenyang..


Karnival ni ada macam-macam aktiviti.. Boleh tengok seperti dalam gambar.


Hah!!,  korang yang takda buat apa hujung minggu,  bolehlah datang ke Setia City Mall Food Fiesta ni. Untuk ketahui lebih lanjut,  boleh layari
Website: www.setiacitymall.com
Facebook: https://www.facebook.com/setiacitymall/
Instagram:
https://instagram.com/setiacity.mall/
hai assalammualaikum

Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion - Banyak sebab yang membuatkan kulit kita kering antaranya tidak mendapat air yang secukupnya,bekerja di bilik berhawa dingin selepas sepanjang hari, cuaca,  atau pun produk komestik. Mungkin orang fikir,  bila kulit kering ni biasa je,  tapi ia membuatkan kulit kita nampak kusam dan kasar. Keserian wajah dah hilang ok. .Oh no.. Kita kalau boleh nak muka lembap je selalu dan segar sepanjang hari. 

Sebab tu disarankan memakai produk mengikut langkah yang betul. Antaranya, muka mestilah dibersihkan dengan pencuci muka dua kali sehari,  kemudian menggunakan toner,  serum dan akhir sekali adalah pelembap muka. Cara ni la buatkan muka kita bertambah cantik. 
hai assalammualaikum

Pemeriksaan Mata Secara Percuma Di Sekolah - Bab masalah mata, masalah rabun sekarang dah tak fikir usia dah. Bukan orang dewasa je ada masalah mata,  kanak-kanak pun dah ada masalah mata terutama di kalangan pelajar. Antara faktor rabun dalam kalangan kanak-kanak adalah penggunaan mata dengan cara yang salah seperti melihat skrin televisyen atau gajet terlalu lama, membaca atau melakukan kerja dalam keadaan tidak cukup cahaya.


Kita tau,  bila penglihatan kurang baik , ia akan menjejaskan keupayaan dan pembelajaran kanak-kanak kerana menyukarkan mereka untuk melihat, belajar dan memahami. Lagi bertambah teruk apabila masalah mata yang tidak dirawat awal boleh menjadi lebih buruk sehingga menjejaskan personaliti dan menyukarkan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Nak buat apa pun tak nampak dan kabur. Jadi perlulah buat pemeriksaan mata dengan awal untuk mengelakkan keroskan mata menjadi lebih teruk.


Pemeriksaan Mata Dan Jualan Sempena Karnival Kokurikulum dan Hari Koperasi Sekolah SMK Petaling 2019


Baru-baru ni, SMK Petaling telah mengadakan Hari Kokurikulum Dan Koperasi di sekolah. Memang banyak aktiviti yang dijalankan semasa event tersebut.  Salah satu aktiviti yang nad rasa bagus ialah membuat pemeriksaan mata secara percuma untuk pelajar dari Eye Smart Vision.  Pergh!!  Terbaik kan. Tak pernah terfikir dulu waktu zaman sekolah panggil orang untuk cek mata macam ni. Selalu, nurse datang sekolah untuk cek gigi,  berus gigi, cucukla.. Tapi bukan mata. Nad suka apa yang dibuat oleh pihak sekolah SMK Petaling ni. Masa ni la pelajar boleh cek mata diaorang sama ada elok atau tidak.




Walaupun kita tengok mata kita macam ok je,  tapi sebenarnya mata kita tak ok. Sebab kita tak pernah cek mata. Yela,  kadang ibu bapa ni sibuk dengan urusan masing-masing,  sampai tak sempat bawak anak pergi cek mata. Anak dah ngadu sakit mata,  tak nampak, baru pergi cek..hurmm..







Bila ada orang datang cek mata macam ni di sekolah,  ia dapat membantu pelajar membuat pemeriksaan awal dan tau apa masalah mata mereka. Dengan cara ini,  dapat juga memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan mata dengan betul.







Pada waktu tu pun ada diskaun untuk membuat cermin mata,  bingkai sekali dengan kanta. Ada banyak design cermin mata yang ada disediakan oleh pihak Eye Smart Vision ni. Semua cantik dan sesuai untuk pelajar. Masalah penglihatan boleh diperbaiki dengan penggunaan kanta cermin mata kanak-kanak yang tahan lasak.

Sedikit tips untuk merawat mata ialah
• Banyakkan aktiviti luar rumah sekurang-kurangnya sejam.
• Memakai perlindungan ultraviolet (UV) untuk mata ketika berada di luar rumah.
• Menggunakan gajet pada jarak mata yang selamat dengan postur tubuh yang betul.
• Rehatkan mata setiap 30 minit ketika membaca atau menggunakan gajet.
• Ambil makanan sihat.
• Dapatkan tidur yang cukup.
• Dapatkan pencahayaan yang cukup ketika membaca atau bermain dalam rumah.

Bagus kan,  pihak sekolah buat macam ni. Panggil Eye Smart Vision untuk ber pemeriksaan mata secara percuma kepada pelajar. Sekolah lain pun patut buat macam ni.





Jadi, pihak sekolah atau sesiapa sahaja nak mintak Eye Smart Vision ni datang untuk buat pemeriksaan mata,  bolehla contact Mr Yao di nombor 0126864770
Eye Smart Vision
G 070, Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Facebook: https://www.facebook.com/EyeProVisionViral/

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2