hai assalammualaikum
Alhamdulillah, Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021 - Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, rentas negeri dah dibenarkan bermula esok 11 Oktober 2021. Disebabkan atas kesabaran semua, walaupun kadang ada juga yang merungut, akhirnya hajat korang untuk merentas negeri dah ditunaikan. Semua ni juga atas kerjasama kita, rakyat Malaysia bagi mendapatkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah PICK telah mencapai sasaran 90% .
Pengumuman ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Bukan sahaja dapat merentas negeri malah dapat dapat melancong keluar negara. Kebenaran ini hanya mereka yang telah lengkap vaksin.