hai assalammualaikum
Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Bersifat Nasionalisme Anjuran HYPE GLOBAL VENTURES - Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat seluruh Malaysia di mana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan. Bagi memeriahkan majlis, HYPE GLOBAL VENTURES tidak melepaskan peluang untuk ikut meraikannya dengan menganjurkan konsert Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Nasionalisme di Sabah dan The Mines Sri Kembangan, Selangor.
Jika sebelum ini HYPE GLOBAL VENTURES sangat terkenal sebagai penganjur yang giat terbabit dalam acara dan pengurusan jualan secara uptown, tahun ini menjadi langkah mula bagi mereka mengembangkan empayar menerusi projek bersifat hiburan seperti konsert.