PENGALAMAN TRIMISTER KETIGA

in , by Nadia Johari, 22:04:00
hai assalammualaikum

Pengalaman Trimister Ketiga - Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk trimister ketiga nad mengandung. Macam tak percaya je. Sedangkan haritu bulan dua, nad baru tau yang nad mengandung, entry pertama bila nad tahu nad mengandung dan bakal jadi mommy..sekarang dah masuk 40 minggu..dah terlebih overdue pulak. Oh anak, taknak keluar ke..best ke duduk tempat sempit ni..mommy dengan daddy tak sabar nak jumpa kamu tau dak..:).. kesianla dekat daddy tu terpaksa dok ulang alik kl ke meru..


Dah nak dekat bersalin, mommy kene stay dekat kampung sebab takut jadi apa-apa. Jadi setiiap seminggu sekali akan check up klinik bila dah nak dekat bersalin ni. Berat nad semakin meningkat..last aritu checkup naik 50kg..huhuhu..terkejut nad..haha..tak pernah-pernah naik sampai 50..takpe baby sihat dengan jayanya kot..hahaha..nad asyik makan je, anak yang dapat makan sedap..sebab tu taknak keluar-keluar. Mommy terpaksa amik tekanan darah dua kali seminggu sebab berat badan naik.


Bila dengar pasal nak bersalin ni,siapa yang tak takut oii..sebelum kawin dah dengar macam-macam..inikan pulak turn kita pulak merasa bakal jadi mommy. Kalau boleh taknak beranak..hahha..tapi once ko dah kawin mesti nak anak kan..nak taknak kenela rasa pengalaman menjadi ibu tu macam mana. Baru tau, susah payah mak kita dulu..Tarikh due date sepatutnya 16hb..tapi 16hb dah lepas..22hb dah kene masuk hospital, khamis ni oiittt..cuak weiii..dah pujuk baby keluar dengan rela hati..tapi nak gak duduk dalam perut mommy. Google pasal induce..huishh..dasyat nad baca..takpela..tawakla,doa semoga nad dipermudahkan. 

Trimister ketiga ni, perut dah semakin membesar..banyak benda susah nak buat. Antaranya
1) susah nak menunduk - perut dah ke depan..nak tunduk pun dah susah..perut menghalang..hahaha
2) ketip kuku kaki - dah sush menunduk nak ketip kuku memang susah..nak duduk pun dah tak kene semuanya..
3) bersihkan bahagian bawah dari tutt22..sampaila ke bawah kaki.
4) tidur tak lena, duduk tak kena, buang air besar lagila..kene kangkang luas2..kadang terkepit perut..hahha


Esok nad masuk hospital..Ya Allah, cuaknya..semoga semuanya dipermudahkan. Tak kisahla kene paksa keluar asalkan nad dengan baby selamat dan sihat. Tolong doakan kami berdua ye. Terima kasih. 
hai assalammualaikum

Dapat Makan Mee Ketam Yang Diidamkan - Penah sebelum ni, nad buat entry pasal mee ketam. Dah banyak kali datang mee ketam kl dekat keramat tu, asyik tutup je. Penah antar massage dekat facebook mee ketam kl, tanya kenapa tutup dekat keramat tu. Dan jawapannya ada dekat SINI. Akhirnya, haritu dapat jugak rasa mee ketam kl ni dekat Shah Alam. Sebab nad terfikir dia ada cawangan dia dekat Shah Alam.


Tempatnya di Shah Alam seksyen 7. Waze je, insyallah jumpa. Tu pun  mr mafia yang cari..hahaha..Sampai je sana, tak sabar nak makan mee ketam ni. Walaupun dia hanya mee kari dengan letak ketam je, tapi kalau dah ngidam, mee ketam tu nampak macam sesuatu yang special..huhuhu..

Mr mafia order mee ketam nipah untuk isterinya. Biar mahal ketam tu asalkan isterinya puas..hahaha..yela, isteri bukan makan sendiri, makan berdua. Sebelum tu kene pilih ketam dan nak ditimbang. Baru tau harga dia berapa.

Sambil menunggu, dia berborak dengan pekerja situ. Mr mafia tanya kenapa mee ketam kl tutup dekat keramat tu. Rupanya kat keramat tu tutup terus..cisss..bukan dia nak tulis dekat situ. Katanya tak dapat sambutan..aikk yeke..tengok facebook ramai orang datang..ke sebab harga ketam mahal..tak mampu nak biaya ketam tu..entahla kann..


Sampai je mee ketam, baca bismillah terus makan. Fuh memang marbelous. Cuba bayangkan ngidam sebelum ngandung lagi. Bila dah dapat memang tak pandang kiri kanan la..mula-mula makan kari dulu, ketam kasi lastla makan. Ketam nipah ni memang banyak isinya, manis pun manis..setiap isi dekat ketam memang takkan ditinggalkan..hahaha..yang penting timggalkan tulang..hehehe..



Mr mafia pulak makan mee udang. Udang galah ooo..besar kau..tapi dapat dua je. Dengan baik hati satu dia bagi nad..kihkihkih..thank you sayang..memang kenyang...

Tak dapat amik gambar kedai sebab tengah khusyuk makan..dah makan memang lalai terus..hahaha..jadi amik gambar mee ketam ni jele..kalau nak pergi boleh ke MEE KETAM KL SHAH ALAM SEKSYEN 7..WAZE JANGAN TAK WAZE..

RAGAM ANAK BUAH BILA TENGOK BABY BERGERAK

in , by Nadia Johari, 19:18:00
hai assalammualaikum

Ragam Anak Buah bila tengok Baby Bergerak - Bila nad duduk atau baring mesti anak buah datang dekat, tengok perut nad. Nad pun kadang biarkan jela apa diaorang nak buat..hahaha..suka layan karenah anak buah ni, sebab percakapan diorang kadang menggelikan hati..ada seorang anak buah nad, memang suka baby, tapi tu la suka mengusik je baby kalau dia nampak. Bila dia nampak perut nad boleh dia cakap..


Nasrul: cik diah, besarnya perut, dalam ada baby erk ( sambil usap)
Nad: ye ada baby
Nasrul: bila baby nak keluar
Nad: hahaahaha..entahla..nasrul suh diankeluar

Tetiba baby bergerak, menendang, bergelodak dalam ni..macam-macam dia buat..


Nasrul: uishh, cik diah baby bergerak
Nad: hahahha ( gelak je mampu)
Nasrul: cik diah, baby mengamuk ke..
Nad: hahahhaha ( gelak lagi)
Nasrul: tengok dia mengamuk lagi...uish dasyatnya. Pastu terus cakap dekat abang long dia yang baby cik diah mengamuk..

Tetiba lagi dia cakap
Nasrul: kite nak suh ibu kita ada baby la..kita suka baby..
Nad: hahahahahahahha...


Nasrul ni kalau bercakap memang boleh buat orang gelak. Kalau dah datang nakalnya..ermm tak tau nak.cakap. jumpa baby habis digomolnya.
hai assalammualaikum

Rumah Ibu bapaku Syurgaku - Lama gak tak menaip ni ha..almaklumla dekat kampung sekarang ni..berehat sekejap..dah dekat sebulan jugakla nad dekat kampung ni dari raya haji haritu. Sebabnya nak menunggu hari kelahiran baby FN ni..tapi sampai sekrang dia takmau keluar lagi..alahai anak..

Dekat kl nad duk berdua je dengan suami. Suami pulak keje tak tentu..kadang keluar dari pagi sampai ke tengah malam amik gambar..kang jadi apa-apa dekat nad,susah. Sebab tu balik kampung, duduk sini. Memang best duduk kampung, salah satunya ialah bab makanan..hahahha..

Ni la tempatnya di mana makanan sentiasa ada..hahaha..nak apa, cakap sahaja, mesti dapat. Kalau dekat kl, nak mencari punyala susah..kalau kat kmpung senang je dapat. Sentiasa ade je makanan dekat kampung ni. Sebab tu berat makin naik..hahahaha..



Masakan mak memang best. Biasalah kan..dari kecik kita rasa masakan mak. Kat kampung, pagi makan, tengahari makan, petang makan, maalam pun makan. Kat sini naik moto atau basikal je beli makanan kita nak. Macam nak makan kuih, pagi dan petang ade jual. Bila lapar je mesti kene beli. Nak aiskrim dua posen dalam plastik tu, pergi je rumah orang yang berdekatan rumah dah dapat.


Kat kampung, kalau nak pergi beli, nad suruh anak buah beli je..hahaha..tu bestnya sebab ada anak buah yang ramai. Disuruh je senang je, sebab beli pun bukan lalu jalan raya besar, dekat jalan kampung je. Sebab tu apa yang selalu nak dapat..huhuu. kalau dekat kl, nak suh suami keluar, memang payahla..kalau dekat sini, kadang anal buah yang belanja..hahaha..best ke idok..best sangatlaa..


Lepastu kadang-kadang family suka buat bbq la. Kumpul ramai-ramai, masak ramai-ramai dan makan ramai-ramai. Tu bestnya..hehehe..berat seminggu naik 1.5kg,1.3kg..dah kene pulak amik tekanan darah selalu..haha..biorla..baby sihat dengan jayanya.

NAMA BABY DAH ADA BELUM???

in , by Nadia Johari, 12:56:00
hai assalammualaikum


Nama baby Dah Ade Belum??? - Bila mr mafia tanya" sayang, dah dapat nama baby belum??".. dan nad pun cakap, " belum lagi"..
" haish sayang ni, kalau takde nama, kang abang bubuh nama apa-apa kang, tak suka pulak"
Nad pun jawab " ye bang..sabor ye.. nanti sayang cari dekat internet"
Dan mr mafia pesan " hah bagi nama tu mesti huruf dari FA.. lagi bagus kalau dapat FAI..dan lagi bagus kalau belakang tu mama kedua huruf H"..
Nad: "Amboii semua nak huruf nama dia..takde..nama kedua tu huruf N ok"...

Gitula mr mafia pesan bila nak bagi nama anak..huh..dia pulak lebih-lebih. Sebenarnya nama dia bermula F dan nama kedua huruf H..kalau boleh die nak kekalkan nama dia ke generasi dia seterusnya..memang takla kan..mestila nad nak ada huruf nad jugak...lagi pun nad tau, die mesti takkan cari nama anak tu..sebab die sibuk mengedit gambar..dan die lebih suka google pasal gambar..cuma pesanan dia, nama kene bermula huruf sama dengan dia..

Taknak kecewakan dia, kita pun berusahala cari nama bermula huruf F dan nama kedua bermula huruf N..kihkihkih..semalam baru cari nama anak..hahahha..nama takdelah pelik sangat, yang penting maksud dia tu mestilah elok kan..

Nak tau nama apa, biarlah nanti tunggu daftar nama. Mr mafia pun tak tau..hahahha..

MOTHER AND BABY EXPO DI PWTC

in , , by Nadia Johari, 19:26:00
hai assalammualaikum

Mother And Baby Expo Di PWTC - Selalu orang cakap beli baju baju sikit-sikit dulu,takdela terasa kuar duit banyak. Tapi aku, ntahla, bukan tak excited nak beli, cuma tunggu expo sebab barang mestila lagi murah kan. Lagipun beli barang baby newborn ni tak perlu banyak-banyak..sebab baby cepat membesar. Lagipun ade jugak baju baby pemberian akak-akak nad yang boleh dipakai lagi..hehhe..





Masa tu nad nampak banner mother and baby expo dekat pwtc, pe lagi cakap dengan mr mafia dan set time. Sebelum shoping tu, ade pulak orang jual aiskrim kelapa dekat dalam expo tu..pergh sedap kau..harga pun boleh tahan RM10 kau satu aiskrim..fuh..takpela..nasib sedap..


Selesai makan, apa lagi shopingla. Betul la orang cakap,kalau dah nampak barang baby, memang takleh berenti nak beli..hahaha..sebab semua comel, cantik sangat. Rambang mata bila tengok. Dah beli.itu,nak beli ini pulak. Sudahla masa tu tak tulis, apa yang patut beli..hahaha..main redah je..

Nasib baik tak membazir sangat. Bila apa yang perlu je..tapi kalau bab pakaian memang menguji betul..hahahhaa..macam-macam ada..murah pun murah..dapatla 8 helai gitu..


Dah habis beli, ni la hasil tangkapan mommy nad. Dah kalau mommy nad beli, memang warna biru la yang banyak..hahaha..daddy tak kisah pun..



Ni la antara barang baby yang dapat..
- baju dalam 8 helai..termasuk baju jalan sikit
- stokin baby ( tangan dan kaki)
- barut baby
- pampers
- topi baby
- tilam
- tisu basah
- keperluan barang mandi baby sekali losyen
- tuala



Yang ni hadiah daripada klinik kerajaan..pampers dengan barang mandi baby..hahha..dapat free..dengan botol susu daripada sedara belah mr mafia..alhamdulillah..kimat takyah beli susu.


hai assalammualaikum

Perfect Sunscreen + Flawless Foundation Cosmoderm - Kalau sebelum ni tak kisah pun kalau tak pakai produk yang mempunyai SPF tinggi dan sunblock. Sebab dulu, nad ni bukan jenis yang pikir pasal kecantikan. Tapi sekarang, sejak baca blog-blog beauty bloggers, orang review, banyak kepentingan sesuatu produk tu yang mempunyai SPF tinggi dan dua dalam satu. Maksudnya suatu produk yang pelbagai..jimat di situ. Sekarang cuaca takyah cakapla, ya ampun..panas sangat, kalau tak pakai apa-apa produk boleh hitam oo...

BILA KAU KAWIN : THROWBACK SANDING

in , by Nadia Johari, 12:08:00
hai assalammualaikum

Bila Kau Kawin ; Throwback Sanding - Sebelum ni pernah buat entry nikah, boleh tengok link dekat SINI. Disebabkan ramai kawan tanya, bila nad kawin, nah nad belanja gamabr sanding dan outdoor ni..hehehe..memnag nad jarang paparkan gambar mr mafia dalam fb dan instagram. Apatah lagi tag nama dia, memang dia tak approved la. Mula-mula geram jugak, tapi lama-lama pikir, dah dia tak mau, watpe paksa kan. Baik nad selfie sorang-sorang..haahhaha..

Masa ni persandingan belah perempuan. Belah lelaki korang boleh baca SINI. Kalau dah belah perempuan mestilah tema warna biru ye dak..hahahha..sebab nad memang penggemar biru, tengok sahaja blog, tengok sahaja tagline #ceritera si gadis biru..hehehe..Belah nad buat kampung-kampung gitu. Ada gotong royong masa kenduri. Memang best majlis gotong royong ni, bermuafakat ye idok. Sekarang semua nak catering. Bagi mereka mudah dan tak menyusahkan orang. Tapi nad nak amalkan suasana yang meriah dengan pelbagai aktiviti.

Masa ni banyakla benda kene buat. Biasalah pengantin bersiap semua..hehee..Nah kita belanja gamabr sikit la.. 




Banyak lagi aktiviti masa ni. ada renjis, tabur gula-gula, karaoke..tapi kite masuk gamabr sikit jele..ehehe..meh tengok outdoor pulak. Outdoor ni buat dekat pantai remis..




Okla...by-bye..balik dah..suka bergambar tapi penat..hahaha..throwback ler..


Suka pulak time kene dukung..sekarang hampeh dia nak dukung..hahahaha..k bye..
hai assalammualaikum

Terima Kasih Kak Saidila Untuk Chocoletto - Memang sekarang teringin makan makanan bercoklat..tapi bukan sekadar coklat kosong. Alhamdulillah rezeki baby dapat coklat rice daripada kak saidila. Akak saidila datang rumah sebab nad ade beli line telco dengan dia, sambil-sambil nak terangkan tu, dia datang bawak benda untuk baby..alolololo..sweetnyaaa...memang dia cakap nak bawak coklat, ingat kek coklat ke apa..hehehe..rupa-rupanya chocoletto..ala coklat rice tu..terima kasih kak..terharu sangat..malam tu lepas akak balik terus makan..hehee


Chocoletto ni akak saidila beli dengan kak ieta. Nad kenal jugak dengan kak ieta, lama dah. Kak ieta memang jual chocoletto ni dah lama. Bestnya Chocoletto kak ieta ni ade pelbagai jenis..hah!!..tak percaya..silalah percaya..ade tiga jenis chocoletto ni

1) Chocoletto Ori. - Terdapat 3 keping biskut chipsmore dan bertih beras yang dituang coklat ke dalam jar.

2) Chocoletto Crunch. - Manakala, yang crunchy, campuran coklat yang dicurahkan kedalam botol berisi crispy rice, coco crunch dan biskut chispmore. 

3) Chocoletto Flakes. - Campuran bertih beras, 3 keping biskut chipsmore dituang coklat dan ada campuran corn flakes.


Chocoletto merupakan salah satu dari produk Chocolate In Jar dari Dunia Niaga ieta Enterprise yang mudah dimakan, tidak perlu direndam ke dalam air panas. Hanya ambil sudu dan terus ngap sahaja. Namun boleh juga jika ingin dicairkan ke dalam mangkuk berisi air panas. Lagi cair, lagi bertambah sedap... Tetapi tidak perlu disejuk-bekukan tau. Mudah bukan?


Harga sebalang murah je RM11 je..pe lagi pergila beli..Contact no 019 2586141 ..nyum..nyum..kunyah masa tengok tv, dalam kereta atau di mana sahaja..boleh je buat hantaran..hehee.. sekali lagi terima kasih kak saidila..kakak rock..nanti line telco tu ok kita update kat blog gak..ehehhehe
hai assalammualaikum


Badan Segar Dengan Gel Mandian Dan Magic Body Lotion Cosmoderm -Femes dah produk Cosmoderm ni. Cosmoderm bagusnya sebab dia boleh digunakan untuk semua orang tak kira bayi, kanak-kanak, dan dewasa. Bagus dari atas sampailah ke bawah. Maksudnya bagus untuk seluruh badan kita. Kan jimat macam tu. Sebelum ni nad dah banyak review produk cosmoderm, silalah tekan search cosmoderm kalau nak tau pasal Cosmoderm ya..hehhee..dua produk ni satu nad belum pernah cuba satu produk nad penah cuba.

Gel Mandian Cosmoderm


Ni la produk nad belum cuba lagi. Nad penah tulis dekat SINI, yang nad puas cari gel mandian ni dekat kedai-kedai yang jual barang cosmoderm, tapi asyik takde je..dah habis. Geram memang teramat geram. Ramai cakap bau dia sedap, dan sesuai untuk kulit yang sensitif. semua bagi feedback positif. Macam mana nad tak meroyan bila dah habis.. Tai nasib baik haritu dapat masa family day #kelabbloggerbenashaari. Seronok habis weii..

Nak cari mandian yang bukan sahaja mampu memberikan kesegaran badan malah mampu melindungi badan. Botol yang besar, tekan je terus keluar sabun dia. Picit sedikit je dah keluarkan buih yang banyak. Bau dia memang harum. Kau tau la sekarang musim jerebu, bila badan dah terkena habuk semua mesti rasa gatal-gatal dan masalah eczema. Huh!! habis badan kita kan naik merah-merah. Jadi masa mandi, pakai shower gel ni. Mesti kesegaran, kegatalan hilang.

Shower gel membersihkan kulit secara lembut supaya menjadi licin dan lembut. Menolong melembapkan dan menyucikan kulit. Dan amat sesuai untuk semua jenis kulit.

Magic Body Lotion Cosmoderm


Lepas mandi je, mesti terus sapu Magic Body Lotion Cosmoderm ni bagi menambahkan keharuman dan kesegaran badan. Ooopaaa Magic Body Lotion ni banyak kegunaanya. Sebab tu dinamakan Magic Lotion..hehehe.. Ia bukan sekadar mengharumkan badan korang malam mampu menghalau nyamuk daripada mendekati korang.

Malam-malam, nyamuk mesti ada, kalau tak pakai apa-apa sedapla dia hisap darah kita. Lagi-lagi dekat kampung. Tapi bila pakai ni, nyamuk pun tak berani dekat. Tidur pun lena je. Silalah bawak Magic Lotion ni kemana-mana sebab banyak kegunaanya tau. Antaranya:
Masalah kulit - membantu merawat jerawat badan, ruam, jangkitan kulat dan bakteria serta selaran matahari
Kelembapan - mampu memberi kelembapan kulit diperkaya denagn lidah buaya, vitamin B5 dan E
Deodoran - mencegah bau badan agar nyaman sentiasa.

Hah bestnya Magic Lotion ni boleh dijadikan deodoran. Siapa-siapa yanga ada masalah bau badan, kuat peluh tu, silalah pakai Magic Lotion ni. Macam mr mafia, kalau dia pakai minyak wangi pun lama-lama berbau jugak badan dia. Nad time-time macam ni memang tak tahan bau busuk, jadi pakai dia Magic Lotion ni...hilang bau tu..takdela nad komplen je..hahaha..kadang orang laki ni mana suka pakai-pakai benda macam tu, nad la tukang bubuh. Baru la dia rasa yakin..

Memang bagus produk cosmoderm ni. Korang cubala dulu. Pakai biar konsisten kalau nak hasil terbaik.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2