RESEPI BEBOLA AYAM GORENG TEPUNG

in , by Nadia Johari, 02:36:00
hai assalammualaikum

Resepi Bebola Ayam Goreng Tepung - Nad dengan husband kalau beli ayam memang seekor untuk beberapa minggu punya stok makanan. ayam tu dipotong kecik. Jadi adalah bahagian tulang dan daging ayam. Selalunya kalau bahagian daging tu la pening nak buat apa, sebab kitaorang memang tak suka part daging sangat. Bahagian daging ayam tu pulak kadang nad buat tomyam atau goreng. Tapi dah jemu weii..Memang dah lama nak buat bebola sendiri, sebab selalu tengok cerita orang putih masak-masak tu, bila diaorang buat bebola. Jadinya nad pun buatla guna bahan apa yang ada. Yang penting sedap..hehee.Ok jom nad bagi resepi..


Bahan-bahannya
- Daging ayam yang telah dicincang. Nad blender je, nak cepat punya pasal.
- Bawang besar ( dicincang menjadi kecik )
- Bawang putih ( ditumbuk )
- Lada hitam ( ditumbuk )
- Tepung
- Telur
- Garam

Cara membuatnya


- Bawang dipotong kecik-kecik. Bawang putih dan lada hitam ditumbuk. Kemudian masukkan semua ke dalam daging ayam yang telah diblender. Bubuh garam sedikit. Bahan tersebut digaul bersama sehingga semuanya sekata.



- Dah siap, amik bahan tersebut dan jadikannya bulat. Kemudian masukkan dalam tepung dan telur, kemudian masukkan tepung semula.


- Dah siap. Macam ni la rupanya setelah disalut tepung dan telur.


- Lepas tu digoreng.


- Dah nampak macam garing-garing tu angkatla. Dah siap.

Boleh dimakan begitu sahaja bersama sos atau makan dengan nasi. Sebenarnya nak tambah daun sup pun boleh dalam campuran bebola ayam tu. Mungkin lagi sedap.cubala ye..


PATUNG BEAR DARI BANDUNG UNTUK FARIZA

in , by Nadia Johari, 23:14:00
hai assalammualaikum

Patung Bear Dari Bandung - Haritu ada seorang rakan nad ni dia pergi ke Bandung. Best tengok dia pergi bercuti, nad ni entah bila dapat jejak ke sana. Bila dapat jalan-jalan melancong. Sentiasa berdoa murah rezeki dapat pergi bercuti negara orang ni. Mungkin suatu hari akan jejak kan. Takpe jangan mengeluh...pasti akan pergi jugak. Oh berbalik cerita pasal kawan nad ni, dia dulu seorang blogger, tapi dah tak berblog, tapi dia ada buka butik dan jual alatan makeup. Korang boleh tengok ke SMD Boutique Cafe dan Yicosmetic.

Haritu kawan kita ni tanya pasal alamat semua-semua la, sebab nak pos barang dari bandung untuk Fariza. Untung jadi budak kecik ni, semua dapat..ehhee. Tapi tak cakap pun barang apa. Nad pun bagila. Lepas tu dalam beberapa hari sampaila barang tu. Nad yang excited buka..hahaa..sebab ingat barang review..kahkahkah..padahal tengok nama dah dari siapa..kihkih..



Bila buka, wahhh..patung bear comel, warna biru pulak tu. Heyy, maknya yang suka warna biru, anak tak tau..ahaha..Maknya yang jeles sebab warna biru..hahaah..Habis dibeleknya patung tu.

Maaf muka dia memang macam tu..hahahha..Tapi hati dia gembira..

Oh kawan kita nama dia Tya Salmid. Terima kasih Tya. Akan ku jaga bear ni elok-elok..hehe.

PERANGAI FARIZA SETAHUN, MULA LIGAT DAH

in , by Nadia Johari, 18:48:00
hai assalammualaikum

Perangai Fariza Setahun - Setiap kali umur dia meningkat, masa tu la sikit-sikit kita nampak perubahan kelakuan anak. Bila nampak depan mata, teruja mak  tu lebih sikit..hahaha. Macam ni la mak-mak, masa anak baby, tak sabar nak tunggu membesar pastu berjalan. Tapi bila dah besar, suruh patah balik jadi baby. 23 haritu Fariza dah setahun dah. Ligat anak dara sorang ni. Nak teroka macam-macam dah. Tapi yang tak boleh blahnya, perangai dia macam baby pula..hehee..kenapa nad cakap macam tu??

1) Makan benda masuk mulut


Kalau kita perasan, masa baby, meniarap la masa tu dia nak masukkan segala benda dalam mulut. Tak kisahla, plastik, sampah atau taik cicak..Semua benda terus masuk mulut nak makan. Fariza pula, masa baby dia tak macam tu, nampak benda pegang je masa kecik. Memang tak risau masa tu bila dilepaskan kat mana-mana.

Tapi nak masuk usia dia setahun, boleh pulak dia dah mula masukkan benda dalam mulut. Memang la orang cakap masukkan benda dalam mulut tu budak nak explore, tapi bahaya juga. Haritu sampah dia makan, lepas tu skru..aduhh anak..seriau mommy dibuatnya. Sekarang segala mainan dia, semua diamsukkan mulut. Bila diambil marah, pastu tunjuk perasaan, amik mainan lain, masuk mulut..ermm..Bunga pun boleh nak dimakan..haishh..memang sekarang kena perhati dia betul-betul..bahaya sangat.

2) Tidur meniarap


Masa kecik, nad memang tak pernah tidurkan dia meniarap. Memang elok tidurkan baby meniarap maa kecik, sebab dia selesa je. Tapi nad tak pernah buat. Bila dah setahun ni, dia yang pusingkan badan dia sendiri, tidur meniarap masa susu badan..hahaa. Kalau tidur macam ni, dia tidur lama. sebab dia selesa. nad pung pand dekat dapur pun dia takkan terjaga.


kalau letak bear kesayangan dia tu lagi tidur lama..ehhee.

3) Memanjat
 Sebelum berjalan, dia dah pandai memanjat. Semua tempat kalau boleh nak panjat. Ni yang peliknya..hahaa. Fariza suak buat perkara extrem dulu..hahaha..kalau boleh nak melompat sekali agaknya. Mommy kena tingkatkan penjagaan la nampak gayanya.

4) Berjalan 


Genap setahun, dia dah pandai berjalan sendiri. Teruja sangat mommy. Terkedek-kedek dia jalan..hehee. Lepas dah pandai jalan, asyik jalan je.

Macam banyak je perubahan dia bila setahun. Alahai Fariza..mommy sayang fariza.
hai assalammualaikum


Penalti Penentu Kedah Juara Piala Malaysia 2016 - Perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 sebentar tadi menyaksikan Selangor yang berdepan dengan pasukan dari utara tanah air iaitu Kedah. Perlawanan diadakan di Stadium Shah Alam. Sudah pasti penyokong kedua-dua belah pasukan seronok menyaksikan perlawanan antara dua kumpulan ni dan debaran siapa yang menjuarai Piala Malaysia 2016 sudah terjawab. Kedah telah berjaya menjulang Piala Malaysia 2016 kali ini. Tahniah Kedah!!

Nad sokong dua-dua, sebab lahir dekat Selangor, belajar dekat Kedah..hahaa..adil tak..hehee..Padahal sokong Selangor 100%..yela anak Selangor kan. Tadi tengok dengan suami pun, tengok khusyuk..( padahal masa pertama nad tertido ). Suami pulak pilih Kedah sebab dia lahir dekat Kedah. Dan nad buat perjanjian, kalau Selangor menang, esok makan Spageti carbonar ( dah lama ngidam..tak tau nape )..Tapi selangor dah tewas..takpe. Selangor tewas tipis je..Cuma satu mata je..

Keputusan Penuh Piala Malaysia 2016 Selangor Vs Kedah

Separuh masa pertama kedua pasukan gagal menjaringkan gol walaupun berjaya membuat beberapa cubaan kearah pintu gol. Namun memasuki separuh masa kedua,pemain kedah Rizal Ghazali menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-51. Namun tidak lama selepas itu, pemain Selangor pula Ahmad Hazwan Bakri membalas jaringan pada minit ke 59 menjadikan kedudukan kembali terikat.

Keputusan Masa pertama : 0 - 0
Keputusan Masa Kedua : 1 - 1

Disebabkan keputusan sama, masa tambahan 30 minit telah diberikan. Punyalah nak tengok siapa menang ni. Dua kali masa tambahan diberi tapi tetap tiada siapa yang golkan. Dan akhir sekali penalti untuk menentukan siapa pemenang. Tu lagi cukup mendebarkan. Mula-mula Selangor gol, dan gol dan gol, tapi lepas tu tak gol. Kedah pulak tak gol, gol..fuh..dah akhirnya Kedah berjaya mengolkan masa penalti.

Penalti : 6 ( Kedah ) - 5 (  Selangor )

Biarpun Tewas Tipis, Bangga Pencapaian Selangor


Meskipun tewas, nad tetap bangga dengan pemain Selangor. Yela, siapa boleh bertahan di padang sehingga masa 130 minit. Perlawanan akhir ini adalah yang terbaik sehingga terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti penentuan. Selangor gagal memenangi sepakan penalti. tiga pemain gagal menyempurnakan sepakan penalti. Takpelah takda tuah tahun ni. Boleh cuba tahun berikutnya.

Selangor tetap dihati..huhuhu..

Tahniah Kedah

 

hai assalammualaikum

Restoran Bikin Panas Di Puncak Alam - Selepas beberapa tempat kedai makanan dalam pilihan untuk sambut birthday Fariza nafisah, akhirnya kedai makanan sepupu menjadi pilihan..hehee. Ni pun pertama kali kitaorang keluarga datang ke restoran ni. Almaklumla, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, bila dah plan tu, baru dapat datang.



Restoran Bikin Panas, memang panas bila keluarga Johari datang..hahaa..Huru-hara jadinya weii restoran tu. Kesian kitaorang buat dekat pekerja situ jadi kelam kabut..hahaha..dah namanya Bikin Panas kan..ehhee..Sebelum datang, kitaorang dah booking dulu. Nah amik satu meja panjang kitaorang punya.


Boleh tengok suasana kedai dia. Besar dan selesa. memang setiap hari, sepupu cakap penuh orang..Perghh..

Menu yang ada dekat sini, macam-macam ada..Ada nasi putih dan lauk-lauk, makanan bergoreng tapi malam tu kitaorang semua pilih untuk makan western dan roti canai beserta satay.


Makanan western yang ada dekat sini, macam biasalah chicken chop, lamb chop dan meatball. Tapi malam tu meatball boleh takda pulak. Haishh baru nak merasa..sedihh..


Satay yang aumm..



Yang ni pulak, nad order roti nan cheese. Boleh tahan juga sedap dia. Macam baiasa kuah dia semestinya kuah keema..huhu..Maaf makanan dah direbut dahulu, jadi gambarr macam ni la. Biasalah orang dah kelaparan.



Yang ni pulak capati denagn roti apa tak ingat..ahhaa. Ada ayam tandoori. Ni ayah dengan kakak order.

Kalau korang nak cuba, bolehla datang ke Restoran Bikin Panas ni.
Lokasi :  Astana Alam,Fasa 3,BdrPuncak Alam,Selangor.
Facebook: Restoran Bikin Panas



PENAT SAMPAI TAK RETI BACA

in , , , by Nadia Johari, 02:03:00
hai assalammualaikum

Penat Sangat Agaknya Sampai Tersalah Tarikh - Dari haritu nad cakap dengan mr mafia," 27.10.2016 Fariza pergi check up tau"..Beria ni, sungguh cakap tarikh tu. rasa dah tengok banyak kali dekat buku Fariza.Check up kali ni untuk setahun sekali dengan cucuk.


Last Fariza checkup bulan 7. Jadi bulan 8 dengan bulan 9 tak checkup. Nurse cakap check up terus untuk setahun. Ntah kenapa harini boleh tersalah tengok pulak. Dan pagi tadi, nad tengok balik dekat buku tu, bukan main terkejut lagi nad, rupanya tarikh salah. Sepatutnya checkup Fariza 24.10.2016. Nad tersalah tengok yang 27.7 tu..hahaha

Sampai klinik, cakapla macam tu, tapi terpaksa tukar appoinment jadi 2.11.2016..haish..Nad ni kalau bab cucuk Fariza memnag malas lambat-lambat. tapi salah nad juga. Dahla kena kejtkan Fariza pagi-pagi. paham-paham jela budak kecik kalau dikejutkan, mengamuk. Tapi lepas tu diamla bila naik kereta.


Lepas selesai, terus balik dan sarapan. Ayoyo..balik sampai rumah, Fariza sambung tido..hahaa. Sekali dengan nad..kihkih..Macam tu la, penat sangat kot nad. Buat macam-macam dekat rumah. Kemas, jaga anak, kurang tidur, kerja blog. Memang tak terkejar. Tapi takpela. Harap sampai 2 November nanti Fariza sihat je. Boleh dah cucuk setahun.
hai assalammualaikum


Running Man Challenge Malaysia - Selalu nampak iklan Running Man Malaysia ni dekat tv masa tengok cerita Running Man Korea. Dan haritu, Running Malaysia ni keluar dekat Meletop. Masa tu ulangan  cerita Meletop. Mula-mula tak ambil kisah pun apa yang dibicarakan diaorang. Sekali, diaorang ada sebut, akan ada seorang peserta Running Man Korea akan muncul. Terus update status dekat facebook. Nak tau, yang komen dekat status nad semua cakap Lee Kwang Soo akan datang..Aaarghhh!!..menjerit weii..Nad peminat setia Lee Kwang Soo..huaaa..Ada member suruh masuk Running Man Challenge Malaysia ni, baru boleh jumpa Lee kwang Soo..hahaa..tak dapatla...

Korang kalau suka aktiviti challenge ni, cubala join Running Man Challenge Malaysia Hydrated By 100 plus ni. Mana tau rezeki korang terpilih. Mana tau lagi kot-kot menang.

Pasukan Running Man Malaysia








Acara Running Man di Malaysia bakal diketuai oleh 4 orang selebriti tempatan di peringkat akhir. Kenali mereka sekarang kerana anda berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih rapat jika anda terpilih untuk memasuki pasukan Running Man Malaysia nanti. Antara artis nya ialah Ajak shiro, hairul Azreen, Ayda Jebat dan Saharul Ridzwan.

Kemunculan Khas Lee Kwang Soo Untuk Running Man Challenge Malaysia By 100 plus

Peraduan Online Eksklusif Peminat Lee Kwang Soo

8 oktober - 24 oktober 2016





Siap ada peraduan khas untuk peminat Lee Kwang Soo. Peraduan dia mudah je. Cuma daftar, lepas tu hantar video dan ajak kawan. Siapa terpilih untungla dia dapat jumpa Lee Kwang Soo..oiii..Ramai dah sertai..

Nak tau lebih lanjut boleh layari http://100plus.com.my/campaigns/100plus-running-man
haia assalammualaikum

Fariza Nafisah Setahun - Ya Allah, sekejapnya masa berlalu. Sekejap je dah setahun Fariza Nafisah ni. Mcam baru haritu lepas beranak kan kau nak oii!!..Sekarang dah setahun dah. Heyy!! macam tak percaya je..hahaa..serius..Padahal hari-hari sama dengan dia, tengok-tengok dah setahun. Bila dah setahun ni mestilah nak sambut kann..Nad memang excited bila nak sambut birthday orang ni..hahaa. Selalu sambut birthday mommy daddy dia je, sekarang sambut birthday anak pulak.

Nad sambut birthday Fariza sederhana je. Sambut dengan Keluarga nad. Dengan keluarga Johari ni pun dah cukup meriah, huru-hara dan kepoh habis..hahaah. Memang rancang nak makan dekat luar. Saje kan, nak sambut birthday anak. Mula cadang nak makan pizza, tapi tak jadi, pastu ingat nak makan nasi arab pulak, tak jadi juga, last-last makan dekat kedai saudara je la dekat Puncak Alam. Kedai apa, tu nanti nad cerita ye.


Malam ahad tu kitaorang semua gerakla. Biasalah budak kecik, masuk dalam kereta terus tidur. sampai kedai je, dia tak bangun lagi..Hah!! tengokla..tidur dekat meja..hahaa..Masa tengah tidur tu la pakaikan dia topi tu..hehee..memang tak bangun. Ngantuk sangat. Mana taknya, siang pulun main sakan dengan sepupu dia.



Lepas tu disuruh kejut, sebab nak sambut sangat..hahhaa. Nad pun jadi kejam sekejap,..hehe..kesian anak, tidur-tidur kena bangunkan..tapi apa Fariza buat, dia tetap tidur lagi..Ya Allah ngantuk sangat tu..hahaha.silalah tengok video tu. Sayangnya, video yang diambil adik ipar kabur..huaaa..sedihh..kalau tak memang kenangan..tapi mr mafia ada amik video..tak taula kalau ni dia amik video ke tak..sob..sob..sob



Lepas tu beberapa minit, dia bangun sendiri. Tapi masih blur, apa yang terjadi di sekeliling..hehehe. terus je nyanyi "Selamat Hari Jadi, Selamat hari Jadi, Selamat ahri Jadi Fariza Nafisah, Selamat Hari Jadi "..yeahhh..muka tetap takmau senyum..hahaha. Kek tu disponsor adik nad, sebab suami dia pun birthday sekali. Tapi suami dia punya birthday 30 oktober kot tak silap.


Yeahhh potong kek..potong kek..Ooopss..dia nak amik kereta tu pulak..tanpa bagi salam pun..hahaa.


Selamat Hari Lahir anak mommy. Semoga menjadi anak yang solehah, dengar kata, anak yang baik, yang bijak. Mommy doakan Fariza membesar dengan baik. Terima kasih sebab memudahkan urusann mommy  masa bersalinkan Fariza. Terima kasih sebab sentiasa temankan mommy ke sana sini. Sentiasa kuat dengan mommy dari dalam perut lagi. Mommy love you.




Terima kasih semua keluarga tercinta.


Terima kasih aunty Liza bagi anak patung ni..hehee.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakn Fariza..
hai assalammualaikum


Jualan Barang Penghabisan Stok Di dewan Meru - Haritu nampak kawan post gambar, dia belikan mainan untuk anak dia. Harga mainan anak dia tu RM5. Jadi minggu lepas nad pun balik Meru sebab nak sambut birthday Fariza yang pertama. Jadi dapat pergila ke jualan barang penghabisan stok ni. Masuk-masuk semua barang-barang baby dan budak-budak. Ada pakaian, mainan dan macam-macam lagi la.


Tengok harga, memang banyak diskaun, ingat harganya bawah RM20 semua, rupanya tak..hahaha..Datang sini memang kena tengok dengan teliti, kalau nak harga murah. Tapi bila ditengok balik barang-barang dekat sini ada yang berjenama. Jadi kira murahla bila dapat diskaun macam ni. Diskaun banyak pula tu.






Pergila ke tempat mainan. Mula-mula dibagi patung perempuan yang dalam cerita woody woodpecker tu..tapi lepas tu dia ternampak patung binatang apa ni namnya ntah. Dalam banyak-banyak barang, patung kecik tu juga dia nak..Tengokla video tu..taknak lepas patung kecik tu..hahaa. Bagi besar taknak. Patung kecik yang dia pilih tu jenama ban dai..Bila nad tengok balik, jenama tu mahal kalau dekat luar. hampir RM80 ke atas la. Tapi nad beli dekat sini, harga patung ni pun dah RM19 tak silap..kohkoh. Nampak tak murah. Berkualiti ni. Memang dia sayang giler dekat patung ni. Siap di bawa tidur


Biasalah, kita ni mak-mak pantang tengok benda comel. Dah terbeli bantal kuning ladybird tu. Dia tulis harga diskaun 30%.. Bantal ni pun untuk Fariza, yela bila dia terlena dekat luar,, ada bantal selesa ni..hehehe. maafla mr mafia, dapat isteri macam ni, tapi semua untuk keselesaan anak juga..hehee..Terima kasih belanja.

Event ni sampai 2 November. Jadi orang Meru, bolehla pergi tengok-tengok..hehee..Dah tengok mesti terbeli..hahaha..


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2