hai assalammualaikum

Pertama Kali Dengan Buku Pink - Ape tu buku pink?.. Buku latihan sekolah ke?...Haha..idok ler..ni buku kesihatan ibu mengandung. Bagi ibu yang mengandung tau la buku ni. Sebelum ni nad pun tak pernah amik tau pasal buku pink. Yela, nak buat apa kan amik tau, takda kene mengena ngan kita..nah kau, sekarang baru terkedek-kedek nak amik tau. Dulu ada baca jugak, tapi baca gitu-gitu jele.. Buku Pink ni khas untuk ibu mengandung bagi memeriksa diri dan bayi dalam kandungan. Jadi apa-apa dia tulis dekat buku pink ni. Kira buku rekod ibu mengandung ler. Sebab ape dipanggil buku pink sebab warna dia warna pink..hahaha..



Sepatutnya bila dah tau pregnant, cepat-cepat terus buat buku pink ni, supaya ibu dan bayi dapat diperiksa lebih awal, nurse yang cakap..tapi nad ni mana tau, tanyala akak nad. Akak nad cakap tunggula kandungan masuk 3 bulan baru buat. Kita pun dengarla. Dah masuk 3 bulan baru buat buku pink. Nasib baik nurse tak marah.hehhe..nad buat dekat klinik kampung pandan sebab dekat situ jela klinik ibu dan anak yang ade dan dekat dengan rumah. Masa nak buat buku pink tu, dia mintak bil letrik dengan sijil kawin. Tak tau motif apa bil letrik tu, mayb nak tengok tempat kot. Pastu kene isi la borang bagai, isi berkenaan maklumat. Tanda hijau tu sebab berat nad..



Lepas siap tunggu giliran pulak..nombor giliran jangan cakapla..kau sampai awal, lambat juga siapnya..tapi biasalah..ramai orang waktu tu. Jadi tunggu jele. Bila dah sampai no giliran, masuk bilik, nurse kat situ cakap, dah ambil darah, air kencing, nad cakapla belum..sudah pulak..kene tunggu giliran lagi untuk ambil darah dan air kencing serta berat. Tu dah bilik lain..memang masak masa tu..perut dah lapar..tapi takut nombor giliran dipanggil, sabar jela. 




Dah lama weii tak nampak jarum besar untuk ambil darah. Huishh masa tu jantung laju..mr mafia mula la dia mengacau kita. Nombor dipanggil, nasibla nurse-nurse dekat situ baik-baik. Memang pandang tempat lain la masa dia amik darah. Besarr weii la jarum tu..dia ambil darah sebab nak tau ada hiv ke tidak..tak silap la..lupa pulak. Lepas tu ambil ujian air kencing dan berat. Bab berat lawak ler, berat nad tak sampai 40 pun..adehh..udahla kurus..kene makan lagi ni..




Lepas tu masuk bilik mula-mula tadi jumpa doktor bagitau pasal berat, ujian air kencing. Lepas tu doktor perempuan tu cakap la seperti biasa
1) period last bila 
2) alahan macam mana
3) akan bagitau due date bersalin
4) cerita berkenaan ibu mengandung, boleh makan tu, tak boleh makan ni
5) masalah kesihatan keluarga dan lain-lain

Lepas tu dia suruh baring dekat katil..dia cek..
1) payudara..ajar kita cara periksa ketulan..kot-kot ada kan..nasib perempuan yang cek..tapi malu juga..hahah..nurse tu cakap pasal menyusu..yang nad ni tengah geli-gelian..
2) cek perut kita..ditekan-tekan..geli masa tu..hahah
3) ukur perut..



Selesai buat tu..kene masuk bilik lain pulak. Benda sama je dia cakap. Takpela..demi baby, demi kesihatan baby dan ibu ku gagahkan jua..hehe..nasib baik nurse-nurse dekat situ baik-baik..nad pun relaks jele..mr mafia dah sampai tertido-tido dah..alahai laki den. Selesai semua nurse bagi ubat vitamin warna merah ni..sehari sekali makan. Lepas tu check up sebulan sekali. Gitula masa nak buat buku pink. Hah check up pertama ni dari pukul 8 pagi sampaila pukul 1petang baru siap..haha tapi untuk check up kedua..dia cepat tapi ada tambahan. Hah nanti nad cerita.
hai assalammualaikum

Mengidam Kuih Lopez - Sekatang pantang tengok orang pos makanan dekat facebook ka, instagram ka, blog ka..sebab kalau nampak sedap..air liur dah tertelan..lepas tu mesti suh mr mafia pergi beli jugak. Kalau tak mesti nad menangis kalau tak dapat..hahaha..macam satu makanan ni..kuih lopes..nama glamernya jennifer lopez..haha..gambar ni di post blogger yanty. Kuih ni jugak merupakan salah satu kegemaran nad sebelum pregnant lagi..dah pregnant lagi membuak-buak nak..

Apa lagi, terus bagitau mr mafia suruh beli jugak. Setakat ni nad ngidam benda yang simple dan mudah dicari..nasib baik la nad ngidam benda-benda gini, kalau ngidam nak kereta ka, nak rumah ka, kan payah..haaha..malam tu ada pasar, mr mafia pergi ke pasar nak cari kuih lopes yang ku idamkan..dekat rumah ni tak sabar nak makan ni..


Sampai je rumah, masa tu nak solat isyak, dia dah balik. Sebelum naik bilik nak solat nad tinjau-tinjau makanan dia beli, ade tak kuih lopes tu. Tak nampak kuih tu..ermm takpe tunggu dia cakap..tup-tup dia panggil, tunjukkan satu-satu makanan dia beli..dia cakap " sayang abang beli putu piring..ok tak".. Nad diam.. " ok2 sabar sayang, abang beli kuew teow".. Nad diam lagi..sabar ni.." Oo abang beli kuih dalamnya gula sama macam kuih lopes tu kan".. Nad senyapp..masa tu pikir takdela tu kuih tu..dah ade air mata ni.. " abang beli lauk pauk ni..ok tak".. Nad terus cakap". Takde la tu..terus nangis".. Pastu mr mafia cakap" sabar..sabar..ha!!!.. Lupa pulak ni ade kuih hijau, dengan gula..macam sayang nakk kann".. Ciss..dia mainkan kita..dahla mennagis ingat takde...terus naik atas solat...


Lepas solat turun, terus makan..dia beli 5 ketul..lima-lima habis..ahaha..kenyang malam tu..pastu kuih gula dalamnya tu pun nad bedal..kihkihkih...ok..tak meleleh dah mulut ni bila dapat makan..

SUSUN ATUR : SEMUANYA WARNA HIJAU

in , by Nadia Johari, 19:41:00
hai assalammualaikum

Susun Atur : Semuanya Warna Hijau - Semua orang tau kan yang nad ni suka dan memang gila dengan warna biru. Kalau boleh satu rumah nak warna biru..hahaha..tapi apakan daya bila ada yang membangkang...siapa lagi kalau bukan mr mafia..Bila kita cakap nak biru, katanya nampak suram, tak segar..ermmm..bila difikir balik, ye tak ye gak..jadi nad pun setuju jele. Bila guna lain memnag rasa lain..sebab tu warna memainkan peranan penting dalam rumah kann..

SUSUN ATUR : RAK REMPAH RATUS

in , , , by Nadia Johari, 12:10:00
hai assalammualaikum

Susun Atur : Rak Rempah Ratus - Rumah yang nad duduk sekarang bersama suami sebenarnya rumah peninggalan arwah mummy. Arwah mummy duduk dengan mr mafia, jadi lepas kawin dengan mr mafia, nad tinggal sini. Jadi semua barang dah ada, cuma arwah mummy dulu jenis tak suka membazir dan suka simpan banyak barang. Lepas je nad stay sini, nad kemas bagi teratur dan kemas. 

ANUGERAH YANG DIBERI ALLAH

in , , , by Nadia Johari, 21:53:00
hai assalammualaikum

Anugerah Yang Diberi Allah - Alhamdulillah..setelah 8 bulan pernikahan nad dan mr mafia, Allah bagi kami rezeki untuk mendapat zuriat. Doa yang tak putus-putus dengan usaha untuk merasa kegembiraan ni. Bila dapat tau, lagi-lagi buat pertama kalinya, mesti teruja kan nak scan, nak tau betul ke ade dalam perut ni. Kenapa perut ni tak membesar..macam tak percaya je..jadi nak bagi caya mestilah nak scan kan. Nak tengok baby tu dalam perut..

Macam nad, sebenarnya taknak scan dulu, tapi masa tu nad rasa macam sakit je dekat perut, adakah sebab banyak berjalan masa pergi Farm In The City. Yela masa tu tak merasa lagi alahan, lagipun masa tu baru je tau pregnant sebulan..so kita pun wat dek jele..balik tu ajak suami pergi scan dekat klinik swasta. Selama ni tak pernah tau macam mana scan, tak pernah rasa kan. Ni kali pertama rasa..huhuhu.. Pertama kali scan, dia suruh baring lepas tu turunkan sikit kain..malu weii..hahaha..nasib doktor perempuan.. Lepas tu dia letak gel..sejuk je gel tu..dan scan. Nak tau nampak ape??.. Masa tu nampak kantung je..doktor cakap " sepatutnya dah nampak".. Alahai kita yang risau..tapi tanya orang kalau baru-baru memang nampak kantung je..ok..kita sedapkan hati..kita pikir baby awok sihat dan membesar dengan baik yee..


Dalam sebulan lebih..nad ajak mr mafia scan lagi..kali ni klinik swasta lain pulak..selagi tak nampak, selagi tu rasa macam, sedih jee..kali kedua scan, alhamdulillah...nampak dah..membesar dengan baik baby..masa dah nampak tu, nad memang senyum je. Nak nangis takkan depan doktor pulak. Senyum memanjang je.. Mr mafia, masa tu duduk dekat kerusi dalam bilik scan tu jugak, nad panggil dia suruh tengok scan tu..dia sebenarnya teruja tapi taknak tunjuk..konon mafia kan..nak sentiasa tenang jele..padahal..dalam hati mesti awok nak melompat kan masa tengok..hahaha...masa tu doktor cakap kandungan dah 13 minggu..so dah 3 bulan..baby 1cm ke  1 inchi..nad pun lupa..


Lepas tu, doktor besarkan screen tu..lahai..tersenyum mummy tengok awok baby..lagi teruja bila dengar denyutan jantung awok tu baby..harap baby membesar dengan baik ye sayang...mummy dan daddy jaga kamu..terima kasih Ya Allah untuk ini..sentiasa doakan nad dengan baby sihat dan baik-baik aje..
hai assalammualaikum

Alahan Dan Perubahan Yang Di Alami Selama Pregnant - Selama ni nad dengar, baca orang yang alami alahan ni. Sesetengah ada yang parah alahannya,sesetengah sikit dan ada pulak tu takde alahan langsung..bagus kan yang takda tu..macam-macam la orang mengandung ni..kalau sebelum mengandung, nad selalu pikir macam manala nad mengandung nanti, apa rasa..haha sekarang rasakan kau..hahahah.. Entry nad bila tau nad mengandung..dan nad tak kan jangka nad akan alamai alahan ni...

Kalau dulu nad memang rajin, aktif, bangun pagi je kemas rumah, buat itu ini..tak boleh tengok bende bersepah..orang cakap ape..superwoman..dari mengemas, masak, dan sebagainya. Bab makan pulak, takyah cakap dong..makan tak hingat dunia..asal nampak sedap je ngap..tu nak, ini nak..semua nak..pastu rajin nak pergi event sana sini..ish-ish...update blog mesti nak hari-hari update kecuali demam...sentiasa nak lawa..hahha..

Sekarang lepas pregnant...allahuakbar...ermm tak tau den nak kobar..rupa dah macam kuntilanak...bhahhaha...kuntilanak pun takut dengan nad...hahahhaa...alahan ni berlaku masa 1st trimister ler...sampai 3 bulan..sekatang nak masuk 4 bulan dahh...

Ni alahan yang nad alami..



1) Muntah - alhamdulillah nad takde muntah sangat. Macam sesetengah orang pagi muntah, petang muntah, asyik muntah je..nad muntah sebab bau yang kurang menyenangkan atau makanan yang tak boleh diterima tekak ni. Bangun pagi ok, semua ok..tapi bila something yang masuk tekak, yang tak sedap mulalah dia nak keluar..baby memilih makanan ni..hehhehe..oh kalau orang morning sickness kan..nad tak, nad night sickness..hah nampak tak..siang ok, malam lunyai..hahaha...

2) Sakit pinggang - yang ni nad tak boleh tahan. Time pregnant ni, masa mula-mula tu, pinggang ni macam nak patah..sakitnya hanya ibu mengandung je rasa..time malam je akan sakit pinggang, tak tau kenapa. Dan setiap malam kalau sakit pinggan, suamila dicari suruh usap..lega sikit..tapi sekejap jele..sebab tu masa sakit pinggang nad baring je..baring pun kene menegering je..memang tak tahan sakitnya..orang cakap masa sakit pinggang takleh ngurut sebab kepala bayi dekat belakang..jadi terpaksala biarkan je..menangis oo time sakit..yela kite firstime rasa..


3) Penat dan malas - time pregnant ni penat die lain macam..baru buat keje sikit dah penat..memang tak larat nak buat apa. Semuanya malas..sebab tu update tak update je blog ni..alahaii..nak online pun malas, nak tengok tv pun malas, nak kemas rumah malas, semua malas sebab cepat penat. Nak bermekap pun dah malas..sampai macam tu sekali kau..nak mandi pun malas..ish2.. Tapi mandi jugak kalau tak bau kambing nanti..jadi selama pregnant ni mr mafia la buat semua..kihkihkih

4) Angin masuk dalam badan - bila menjelang maghrib je, perut mula meragam. Sebab apa, sebab angin kerap masuk dalam badan nad..tak tau kenapa..time malam je, siang dia takde..ok..memang baring jele kalau angin dah masuk dalam badan..letih je badan..masa tu cakap dengan mak, maka cakap nad macam kakak nad..malam je angin masuk dalam badan..ermm masa tu baring jele..

5) Hilang selera makan - weee yang ni paling tak suka..dulu nad seorang yang pelahap, suka dengan makanan..tapi masa alahan tu..tengok makanan pun macam tak teruja, biasa je..weii dahla den kurus, tetiba takde selera, macam mana nak naikkan berat badan ni..walaupun gak selera, nad tetap kene makan, tapi half daripada selalu nad makan..sedihh..takleh paksa makan sebab nanti takut die muntah balik..kan membazir...jadi masa pregnant ni makan sikit-sikit slow-slow..geram bila tengok orang selera makan ni...apakan daya..sobsob..tapi bila masakan mak, atau orang masakan, die punya selera up sikit..sikit jele..kalau masak sendiri memang nak makan pun takde selera..

6) Tidur sahaja - hahhaha..yang ni memang..sebab dah malas, dah letih badan, semua benda tak kena, tidur la ubatnya...memang tidur, bangun, makan..tu jela...selama tiga bulan ni..

7) Bau busuk - kalau dulu, nad tak kisah sangat bau makanan basi ke, bau laki nad yang berpeluh tu..tau-tau jele bila laki berpeluh bau dia macam mana, tapi sekarang..euwww..bau makanan basi, bau sampah, memang takleh diterima..bila laki nad tak pakai perfume, memang nad akan cakap "abang ni busukla".. Hahah macam tu sekali..kesian laki den..rumah sekarang pun nak kene bau wangi je selalu..kalau tak rimas hidup ni...macam-macam kau nad kann time pregnant ni..

Selain alahan, perubahan badan juga berlaku...hehhehe...

1) Perut semakin membesar - semakin hari perut semakin membesar..baru dapat rasa macam mana bila ade janin dalam perut ni..perut mengetat..dah tak boleh pakai seluar ketat-ketat dekat bahagian 
Pinggang ni..nanti jadi rimas..kene pakai longgar-longgar..selalu kene buli ngan mr mafia, boleh dia cakap " boncitnya perut sayang".. Nad cakapla.. " ni abang la yang buat".. Hahaha...

2) Payudara membesar - ooppss..part ni paling best..hahahahha...nad dapat tasakan perbezaannya..mestilah kene membesar, sebab nak hasilkan susu..memnag bestler..sebab dari dulu nad punya takdela besar mana pun...bhahhahaha...uishh segan nor nak citer part ni..paham-paham jele..hehehe


Alhamdulillah..sekarang alahan dah kurang..kembali seperti biasa..nampak ni nad update..hahah...doakan nad dengan baby baik-baik aje ye..


hai assalammualaikum

Bayou Coffee House Di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya - hah nak bagitau ni, dekat kelab komuniti memang lengkap kemudahannya, bukan sahaja tempat untuk bersuka ria, beriadah malah ada juga tempat untuk makan..makanan dekat Bayou Coffee House ni bukan biasa-biasa je ok, memang menepati citarasa kami semua sebab makanan kampung yang memang marbelous.

Selesai je aktiviti Blogger Day Out, kami semua family Kelab Blogger Ben Ashaari berehat sebentar dan menikmati makanan di Bayou Coffee House ni..nak bagi tenaga balik lerr..ko ingat diaorang main tak penat. Makanan tengahari yang disediakan memang mengenyangkan..nak tau menu ape yang disediakan..jangan terliur ok..






Kan macam-macam ada lauk pauk dia..yang paling nad suka rendang dia..alahaii...sedapp weiii


Ulam-ulaman pun hadoo



Buahan- buahan pun ada


Dan bestnya ada tapai..tapai nasi yang dah lama tak makan. Dulu mak nad selalu buat tapi sekarang dah tak. Bila nampak tapai nasi ni..aumm..sedapp..


Bila mereka dah lapar.


Kalau korang nak,bolehla Call no ni 03-8318 0008/ 019 3305848 atau
 emel ke bayoucateringcyberjaya@gmail.com, sebab kene tempah dahulu..

Bayou Coffee House juga menerima tempahan seperti,
*Majlis Berbuka Puasa 
*Majlis Perkahwinan 
*Majlis Hari Jadi 
*Majlis Ulang Tahun 
*Makan Pagi / Tengah hari / Malam 
*Hari Keluarga *Kursus

harga pastinya berpatutan! no worries.

hai assalammualaikum

Bloggers Day Out Di Kelab Komuniti Cyberjaya - Sebelum ni nad ada war-warkan berkenaan Bloggers Day Out KBBA ni. Dan akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Walaupun tengah alah,nad tetap nak join sebab dah lama tak jumpa family KBBA ni..boleh jadi gila dibuatnya..hahhaa..Blogger mana boleh relaks dekat rumah je..mesti nak keluar.

Masa hari berkenaan, nad tumpang kak Farah Bublynotes, sebab nad stay dekat klang, suami pulak kerja. Jadi kak farah je yang dekat dengan rumah nad. Aktiviti start seawal 7 pagi tapi nad dengan kak farah pergi lewat sebab nak uruskan si ash yang semakin membesar tu..hehe..kami bertolak pukul 9 pagi. Jadi terlepas beberapa event.


Majlis berlangsung di kelab komuniti cyberjaya. Ni kali pertama nad sampai ke kelab komuniti cyberjaya ni. Nad penah datang cyberjaya tapi ni pertama kali jejak kelab komuniti cyberjaya. Kat sini macam-macam ada rupanya..ada tempat main golf,main badminton,go kart,paintball, ade kolam renang juga. Ya ampun,macam-macam rupanya..memang senang..semua lokasi pun dekat-dekat.

Aktiviti mereka
                                            


                                              7.00 - 8.00 pagi:
Pendaftaran dan sarapan pagi



8.00 - 9.00 pagi:
Taklimat, bacaan doa oleh Abang Huszainiucapan dari wakil Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) iaituLan Carenosenam robik




9.00 - 10.00 pagi:
Golf ala Bloggers


10.00 pagi - 12.00 tengah hari:
Badminton ala Heboh

  


12.00 tengah hari -  2.00 petang:
"Open Go-Kart" ("testdrive selama 5 minit setiap seorang),



Rehat untuk makan tengahari di Bayu Cafe. Selepas tu rehat untuk solat sebelum sambung ke paintball.




2.00 - 3.00 petang:
Permainan diteruskan dengan bermain paintball.Paintball Captain Attack"

3.00 - 5.00 petang:
Majlis Penutup, Penyampaian Hadiah, Cabutan Bertuah dan Ucapan dari Pengasas KBBA

Menarik kann..sob..sob..nad mak buyung tak dapat join..jadi penyokong jele..sedihhh..kalau tak dah lama serbu..takpela memang enjoy masa tu..walaupun nad sampai lambat..hehhehe...kepada ajak Blogger Day Out terima kasih dan anda semua telah berjaya melakukan satu aktiviti yang menyeronokkan bagi blogger. Sebab tu KelabbloggerBenashaari dikatakan bukan sekadar blogger.



Terima kasih juga kepada sponsor yang menaja event ni program #KBDO kalini:
hai assalammualaikum

Sambut Anniversary Yang Pertama Bersama Mr Mafia - Haritu macam baru je nad sambung belajar dekat UUM.. lepas tu baru je bekerja..lepas tu macam baru je tunang..pastu macam baru je kawin..tup-tup dah setahun kami kawin..Alam rumahtangga jikalau tak bersedia memang susah nak hadapi..bukan senang oo..ada liku-liku kehidupan yang kene tempuh..masa tu la nampak perangai pasangan masing-masing.

Bila miszrockers dan mr mafia bersama..tak campak pinggan mangkuk tak sah..kata ganas..hahahaha..takdela..gurau je..kami nampak je ganas tapi manja..kihkihkih..lagi-lagi mr mafia,nampak je mafia tapi suara lembut..penyabar..mengalahkan nad..hahhaa..dia la yang selalu mengalah..( sayang bini oiii)..
hai assalammualaikum

KBBA Blogger Day Out 2015 - Aktiviti macam ni memang best dilakukan bersama bloger. Bukan sahaja dapat mengenali blogger malah dapat menegeratkan silaturrahim dan berkongsi tentang apa sahaja. Yang penting kita enjoyy..hehe...ahad ni #kelabblogerbenashaari akan mengadakan blogger day out di cyberjaya..tak sabar rasanya nak berkumpul ramai-ramai...walaupun nad tengah macam ni, tapi tak menghalang untuk sertai blogger day out ni..lagi lun nad dah lama tak join event..jadi pom-pom girl pun ok..hehehe


Ini merupakan aktiviti terbesar yang pernah diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) lokasinya adalah berhampiran dengan Universiti Multimedia , Cyberjaya . Senang nak cari ...senang jumpa kalau gunakan perkhidmatan waze ke sana, harus akan sampai tanpa sesat.

Telah wujud sejak 2006 lagi dengan menyediakan  fasiliti untuk kemudahan Sukan dan Riadah antaranya ialah seperti gelanggang futsal, gelanggang badminton, gelanggang tennis, gymnasium, driving range, sirkit go-kart, squash, basketball, paintball, dancing studio dan juga kolam renang. Selain itu KKTTC juga menerima tempahan untuk mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan dan seminar atau mesyuarat perniagaan.

Kemudahan asas tersedia : keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. Perkhidmatan katering juga boleh terus ditempah disini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.

Aktiviti Yang Akan Dijalankan
Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball.
Menurut urusetia dan founder #kelabbloggerbenashaari,  Encik Ben Ashaari : Anda juga dijemput hadir untuk memberikan sokongan moral kepada peserta pada hari tersebut. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk besama kami, beramah mesra di sana nanti.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Barisan Penaja KBBA Blogger's Day Out

Cyberview Cyberjaya (www.cyberview.com.my)
Yeos Malaysia (www.yeos.com.my)
Stamp N Print Enterprise (www.stampnprint.blogspot.com)
Natalia (www.natalia.my

DAPAT ANAK BUAH BARU YANG KE 11

in , by Nadia Johari, 10:38:00
hai assalammualaiku.

Dapat Anak Buah Baru ke 11 - Makin bertambah keluarga Johari ni..kalau dulu kami adik beradik 5 orang seorang je lelaki iaitu abang, tapi dapat anak buah ramai pulak yang kuar lelaki..hahha..tak kisahla..yang penting bertambahla anak buah ku..dah bertambah ke 11 orang..


Hari sabtu kakak nad selamat melahirkan baby boy pada pukul 3 pagi. Sudahla bulat..comel..gebus..hahhaa..semua ada..kalau dapat anak buah nad memang excited..suka dukung..suka tengok hari-hari..hahaha...pantang dengan baby..

Kalau tidur,nad kadang saja usik kasi bangun..hahhaa..jahat-jahat...bila nangis ape susah kasi emaknya la..hahhhah...ngrrr..gigit pipinyaa..aunmm..

JIMAT SHOPING ONLINE DENGAN IPRICE

in , by Nadia Johari, 17:54:00
hai assalammualaikum

Jimat Shoping Online Dengan Iprice - Sekarang kalau nak shoping memang semua guna online kan. Selalu kalau nak beli mesti kita akan survey barang yang murah. Lagi-lagi sekarang GST mesti semua barang dah naik kan. Menangis kalau tengok harga barang sekarang kann.. Bila dengar je ada tempat shoping barang murah memang nad teruja habis..lagila nak bershoping je..hehehe..Iprice membantu korang untuk berjimat dengan menggunakan kupon voucher yang diberikan..siapa tak suka voucher-voucher ni..

Iprice merupakan sebuah portal shopping online yang menghimpunkan pelbagai jenis jenama yang sudah menempah nama dalam industri perdagangan.Jadi di iprice,korang tak perlu rungsing nak belek satu per satu harga barangan.Semuanya sudah tersedia dalam satu portal. Tak paham lagi ape itu Iprice..hah!!..jangan risau meh nak terangkan lagi..Iprice ni mengeluarkan kupon-kupon voucher dan diskaun untuk kita bershoping di store-store yang terpilih. Antara jenama yang sudah tidak asing lagi ialah Zalora,Lazada dan Groupon. Kau tengok semuanya yang femes memes ok..

Cara nak dapatkan kupon senang je...

1) korang pergi dekat http://iprice.my/


2) macam biasalah kene singup dulu...perkara biasa untuk semua portal kann..nak singup pun mudah just bubuh email then tekan women or men.


3) Pilih la kupon mana korang nak..then tekan


4) Dia akan keluar macam ni..Lepas tu copy code tu then paste dekat barang mana korang nak beli..wokeyy..mudah kan




Iprice ada macam-macam brands dan kategori oiii..mudah je..tekan-tekan keluar..

.Rugi taw kalau tak rembat diskaun dari iprice ni nak-nak time korang teringin sangat barang tu.Baru tahu menangis air mata darah ye. Apa tunggu lagi signup sekarangggggg!!!...hehee.. pergi ke http://iprice.my/



BILA SAYA TAU SAYA PREGNANT

in , , , by Nadia Johari, 12:34:00
hai assalammualaikum

Bila Saya Tau Saya Pregnant - Kalau korang perasan bulan tiga entry nad sikit je..pergh dalam sebulan ade sembilan entry je kauu..gilerr laa..hahhhaa..mana taknya bila kesihatan tu menganggu..ape yang menggangu nad..tengok tajuk pun dah tau kan..selama ni nad baca je orang pregnant tak lalu makan, lemah sana sini dan kali ni nad pulak rasai..fuhh..memang menguji ketahanan mental dan fizikal..daripada yang rajin telah menjadi malas..hahhaha. 

Bab ni memang part paling gembira sangat..siapa yang tak happy kan. Sebenarnya kami berdua tak merancang pun, kalau ada alhamdulillah..takda kami cuba sedaya upaya..main memang kene main..hahahaa...takkan lepas peluang kalau nafsu dah naik (oopss maaf kalau teett sikit)..sebab walaupun taknak pikir bab ni sangat tapi dalam hati nak sangat, lagi-lagi mr mafia..melihat kepada umurnya yang semakin meningkat tu ( berusia)..semestinya nak jadi daddy untuk pertama kalinya..dan aku nak merasa baby dalam perut..Allah dah makbulkan doa kami..

Sebelum setahun hasil perkahwinan, iaitu genap 8 bulan kawin, nad dah disahkan mengandung..alhamdulillah. Sebenarnya tak suspect pun mulanya, sebab nad ni jenis period tak teratur..kadang sebulan tak period, pastu datang..tarikh period pun lari. Lepas tu bulan 1 datang period then bulan 2 pulak tak datang period. Nad ingat disebabkan period tak teratur, jadi nad tunggu jela sampai habis bulan 2. Akhir bulan dua, malam je nad start muntah, penin, loya, penat. Nad tak pikir ape pun..ingat tak sihat..Lepas tu balik kampung..kat kampung pun sama..malam je start loya, penin..mintak mak urut, ingat badan lenguh sebab penat tapi lepas mak urut muntah..haishh pelik..lagi satu my breast membesar, sakit..uitt..ingat sebab nak period..tapi takde pulak..mak pulak pikir yang nad pregnant, mak suruh beli UPT test. 


Dengar je tu, nad taknak pikir lagi sebab penah keciwa dengan UPT test..haha.sebab penah dapat negatif sebelum ni..yela sebab tak pernah datang sebulan..rupanya period tak teratur..tapi kali ni nad doa banyak-banyak kalau betul syukur sangatt. Siang dua hari esoknya nad pergi beli UPT Test dekat farmasi Meru. Pergi naik motor dengan anak buah..hahaha..beli dua UPT Test..takut first buat tak jadi..so ada lagi satu kan..hehhee..lepas tu balik tu terus buat (nampak tak menyabar tak)..test je..Allhuakbar..dua line..rasa nak nangis je..syukur sangat..alhamdulillah..jantung dah berdegup laju masa tu. betul ke..macam tak caya je..pastu tunjukkan dekat akak nad, dia kata "yela tu"..Allah Maha Besar..dia sentiasa dengar doa umatnya..

Sayangnya waktu tu nad kat kampung, mr mafia dekat KL..kalau dia ada dekat mesti macam drama kan..peluk, cium..eh..eh..hahaa...tanpa lengah nad post gambar UPT Test dua line tu dekat dia..mula-mula dia hantar "betul ke".."alhamdulillah"..pastu tunjuk icon nangis..dok taula die nangis ke idok..hahaa..lepas tu mr mafia tak caya lagi..habis nad disoalnya.."macam mana sayang tau".."macam mana tau tu positif".."macam mana itu, macam mana ini"..adeh penatla bang..p la youtube tengok..hahha. 


Lepas tu, cek dekat klinik tapi tak scan..just nak confirm betul ke..sebab mr mafia takkan caya selagi doktor tak sahkan..haishh terpaksa la isteri pergi klinik. Nasib baik akak-akak nad masa tu ada. Pergi klinik pun positif..masa tu dia cakap usia kandungan 1 bulan 4minggu. Terus bagitau mr mafia confirm betul baru dia caya..alahai suami den..dan bestnya ni adalah hadiah harijadi mr mafia..suka la dia..

Lepas tu balik kuala lumpur, rasa tak puas hati ajak suami pergi scan. Nampak kantung je..takpela..sekarang baby dah masuk 3 bulan..alhamdulillah..

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia"
"Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu"

Tolong doakan kesihatan kami berdua..semoga nad boleh lalui semua ni..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2