hai assalammualaikum
Makan Steamboat Di D'kayangan Buffet Steamboat Shah Alam - Steamboat, steamboat, steamboat...hahaha..sapa tak kenal dengan makanan steamboat ni. Makan dengan harga yang murah dan kau boleh melantak sepuas-puasnya sampaila perut kau pecah..(ok tu tipu, jangan sampai pecah..hehe) makan sampai kenyang sudah. Kau nak amik makanan tu berulang kali pun boleh, takde siapa yang halang. Steamboat ni bestnya kalau ade grill sekali, yela kalau sup je mana best kan. Nak juga yang ade panggang-panggang ni..baru puass..Kalau bab steamboat, nad memang laju je..hehe

Dan tak disangka, nad telah dijemput oleh En Ariff untuk mencuba makan steamboat di D'kayangan Buffet Stemboat di Shah Alam. Ya Allah rezeki nad, dahla masa tu nad memang ada dekat kampung (Meru)..macam tau-tau je nad dekat situ..dan tanpa berfikir,nad pun setuju dengan pelawaan En Ariff tu..Siapa En Ariff tu..haha jap lagi nad kenalkan..

D'kayangan Buffet Steamboat di Shah Alam ni terletak di sebuah bangunan bernama Sri Acapella. Bangunan ni bersebelahan dengan Restoran Tupai-tupai. Kalau tak tau nanti last nad bagi alamat korang wazela..hehee.. Masa ni nad bawak abg dengan family dia, mak ayah tak ikut sebab diaorang kurang gemar makan steamboat-steamboat ni..jadi nad bawak dua orang rakan blogger lagi yang tinggal berdekatan dekat situ. Dah dekat kan..berdetimla kita..ehhee..Pertama kali makan steamboat dekat D'kayangan ni..memang tidak mengecewakan..kenapa??



Sampai je kedai, kak Farah dengan Kak Irra dah sampai..hehe..masa tu nad sampai 8.30 malam. Alhamdulillah masatu kedai tak ramai sangat orang..jadi takdela berasak-asak nak amik makanan, lagi mudah nak amik gambar..huhuhu..Masuk je dalam memang luas, tapi kalau ramai orang mesti sempit sikit. tempat ni ada dua, satu dalam aircond dan satu lagi dekat luar khemah..so korang boleh pilih nak mana satu.


Konsep restoran D'kayangan Buffet Steamboat ialah grill,stim dan BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Kat sini ada dua sup je dia gunakan iaitu sup tomyam dan sup ayam.



Malas bebel panjang-panjang, nad nak tunjuk menu-menu yang ada dekat D'kayangan Steamboat ni. Macam-macam hado. Tempat pertama nad pergi mesti terus ke bahagian makanan laut..hhaha..macam daging, ikan, ketam, udang, ayam, kupang, tiram, dan banyak lagi laaa..huishh nak sebut satu-satu baik tengok gambar je..bagi korang terliur..hahaha..



Ni bahagian bebola..aummm..



Jangan risau, dekat sini pun ade sayur-sayuran..kalau korang taknak makan berat-berat..amik je sayur ni ha..tapi nad amik semua..hahahhaa...satu makanan pun tak lepas..ish, ish,ish...




Ada lagi menu..bahagian mee, dan telur.


Kalau rasa tak cukup makan steamboat korang boleh makan ni ha..lauk pauk yang disediakan di D'kayangan Steambat Shah Alam ni..ade nasi dan lauk pauk..nah balun semuaa..perghh memang rasa perut nak pecah..hhahaha..yang penting puas..


Macam-macam sos ade dekat sini

Special di D'kayangan Steamboat

Nad ni memang penggemar daging kambing. Lagi-lagi kalau yang lembut..dengan kuah yang awesome..Dekat D'kayangan Steamboat merupakan salah satu tempat yang siap dengan kambing golek..perghh..memang marbelous..semua ada..macam dah lengkap je kan..tu bestnya dekat D'kayangan Steamboat ni...
credit pic kak farah
Tengok kambing bergolek-golek dekat pemanggang..sekali makan..perghh..sedappp..





Hah dah agak-gak makan berat..ofkos nak kene ada dessert atau pencuci mulut. Jangan risau dekat D'kayangan Steamboat ada macam-macam dessert. Korang pilihla..Kuih ada, aiskrim ada, buah pun ada.



Specialnya lagi dekat sini..ade abc yoooo...ABC..buat sendiri..kau nak bubuh bebanyak pun boleh..ikut suka kau..hahaa..

Ya Allah..memang lengkap semau dekat sini kan..fuh boleh kenyang bak ular sawa..harga berbaloi dengan apa yang disediakan dekat sini..tak rugii ooo..

Pakej yang ditawarkan:-
ALL YOU CAN EAT
Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik.
Harga Dewasa :  RM33nett sahaja
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17nett sahaja


D'kayangan steamboat ni pernah masuk rancangan Jalan-jalan cari makan gitu..Resoran ini boleh dimuatkan seramai 170 orang di bahagian dalam. Waktu operasi dari 5 pm - 2 am.. 2 pagi kau..Hah dekat atas tu..tu la owner D'Kayangan steamboat. En Ariff namanya..kau tengok dia agak-agak umur berapa..hahaa..muda dari nad okk..perghh, muda-muda dah jadi usahawan berjaya..Terima kasih En Arif jemput nad datang ke D'kayangan Steamboat Shah Alam ni. Korang mesti cuba tau,,


Untuk mengikuti pekembangan kami, anda boleh layari
Facebook:           Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
Instagram:          @dkayangansteamboat
Twitter:               @dkygnsteamboat
Hash Tag:             #dkayangansteamboat
Contact:               03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091












10 PENGOMEN YANG BERTUAH..

in , , by Nadia Johari, 18:45:00
hai assalammualaikum

10 Pengomen Yang Bertuah - Ya Allah rindunya dengan blog ni..dah lama tak menaip macam ni..sekali menaip lepas ni pastia akan ade lagi entry yang akan muncul. Maaf lama menghilang, Seminggu dekat kampung, line dekat sana semput-semput..hanya boleh wahtssup je..tu pun kene cari tempat yang betul..lepas balik sini dengan keadaan badan yang letih..petang ni gigihkan diri untuk menaip..tak mau malas-malas..rindu sama blog ni..heheh..kesian my readers yang datang..takde citer baru..lagi satu lama dah tak blogwalking..takpe..lepas ni kita kasi marathon..hehhe..

Hah muncul-muncul je nak buat surprise dekat prngomen yang selalu datang ke blog nad..terima kasih banyak-banyak walaupun blog nad ni tak seberapa. Ade rezeki lebih nad kongsikan dengan anda semua. Terima kasih yang selalu kunjung blog nad. Blog yang suam-suam kuku ni..Blog yang sekjap ada sekejap takde ni..hehee..terima kasih banyak-banyak sebab selalu support blog nad..

Kepada mereka yang bertuah..meh kita tengok..hadiah berupa voucher daripada Delifrance 5 keping setiap seorang..



Mereka yang tersenarai nanti diharap akan dapat emailkan butiran peribadi (Nama, Alamat, No. Telefon) untuk pengeposandi fanpage facebook nad di https://www.facebook.com/MiszrockersBlogspot . Terima kasih..pless segera yee..
hai assalammualaikum

BB Cream Safi Balqis White Trilogy - Setiap kali nad keluar, nad suka pakai BB Cream daripada foundation. Sebab ape? Sebab bila pakai foundation,kulit nad akan jadi berminyak dan nampak makeup tak rata. Lagi-lagi kalau time berpanas atau berpeluh, akan nampak lagi tak elok. Jadi nad lebih prefer BB Cream sebab die lembut dan tak berat serta terus meresap ke dalam kulit. Selalunya bagi yang nak baru-baru belajar makeup atau tak suka pakai makeup, boleh pakai BB Cream.
hai assalammualaikum

Tea Tree Oil Dari Cosmoderm Sesuai Untuk Kulit Berminyak - Bagi yang mempunyai masalah berminyak dan berjerawat memang 100% akan susah nak cari produk yang sesuai dengan kulit muka mereka. Bukan senang, tengok dalam iklan orang tu pakai produk ni, berkesan, tapi kita pakai tak berkesan..sadis kan..rasa geram je..Penah habiskan banyak duit semata-mata nak pulihkan muka bermasalah ni.

Macam nad la..muka nad berminyak dan berjerawat. Sebab kulit berminyak la jerawat timbul, bakteria berkumpul dekat situ. Kadang dah hilang, dia tumbuh tempat lain pulak, pastu merebak..eheh..padahal kadang-kadang nad tak picit pun sebab orang dah cakap kalau picit akan lagi merebak..Dah macam-macm produk ku cari, tapi masih masalah kembali. Walaupun dah jumpa masalah untuk dalaman tapi luaran pun kenala jaga kan..kulit ni selalu terdedah dengan habuk semua..Persekitaran sekarang dah tak bersih.

Kalau dulu nad main beli je produk, yela!! terpengaruh katakan..tapi sekarang nad lebih berhati-hati pilih produk. Sebelumnak membeli, nad tanya kepada mereka yang dah gunakan produk ni yang mempunyai masalah sama dengan nad. Ok ke tak, berkesan ke tak. Kalau diaorang kata OK!!..memang kepercayaan tu pasti tinggi. Lepas tu selalu google feedback orang macam mana. Dan kebanyakannya positif..Jadi dekat situ nad takkan was-was lagi untuk membeli.


Nak tau apa yang nad jatuh cinta sekarang. Inilah dia Tea Tree Oil dari Cosmoderm. Untuk kulit yang bermasalah mestila kene guna produk yang khas untuk bermasalah janganlah guna yang untuk pemutih tapi muka kau berjerawat..memang takkan ade kesan. Tea Tree Oil dari Cosmoderm ni memang best. Nad beli Tiga je ni untuk nad. 
1)  Tea Tree Oil Facial Cleanser with Vit.E 125 ml
2)  Tea Tree Oil Anti-Blemish 30 ml
3) Purifying Mask

Benda wajib..ingat nak beli untuk sabun mandi sekali..tapi takda..sold Out bebeh..fuhh..nampak tak dapat sambutan..Rangkaian penjagaan wajah "tea tree oil" dari Cosmoderm adalah solusi untuk kulit berminyak dan berjerawat. Diperkaya dengan Minyak "Tea Tree" yang mengurangkan dan merawat kulit berminyak, jerawat degil dan juga mengelakkan daripada tumbuh kembali. Ia menghilangkan minyak dan kotoran yang membantu menyembuhkan dan mencegah jerawat pada muka dan badan.
Solusi yang paling cepat dan berkesan bagi JERAWAT DEGIL - KULIT BERMINYAK - BINTIK HITAM - PORI TERSUMBAT.

5 manfaat dalam satu tiub...
  • menghilangkan minyak dan kotoran di permukaan wajah.
  • menenangkan kulit berjerawat dan kemerahan
  • membantu membasmi kuman
  • membersih, melembut dan mengekalkan kelembapan kulit muka
  • dwi pembersihan secara mendalam dan di permukaan kulit.

 Nanti satu-satu nad cerita pasal produk ni ok..Oh yeahh Cosmoderm ade buat Promotion..boleh layari web mereka di www.cosmoderm.com.my atau tekan banner dekat atas ni.

JAJAN ROKOK DIGEMARI SEJAK DULU LAGI

in , by Nadia Johari, 16:12:00
hai assalammualaikum

Jajan Rokok - nad nak cerita pasal jajan atau makanan ringan. Bukan pasal rokok yang membahayakan kesihatan..tapi jajan rokok ni masuk mulut, kunyah dan sedap..hehe..kenapa dipanggil jajan rokok..tak taula..dah dulu time masa budak-budak panggil jajan rokok..mayb bentuknya panjang macam rokok..lepas tunkalau nak makan kekonon hisap rokok..berlagak..hahaha..tu takpe..tapi jangan rokok yang berasap tu..memang cek tak suka..


Ni la rupa jajan rokok tu.. Ada macam-macam perisa..coklat, strawberry dan lain-lain..yangbmacam nad beli ni berbintik-bintik. Kalau dekat rumah mak, kene beli sebotol, sebab anak buah ramai..berebut memasing nak makan jajan rokok ni..sedapp..

Ni nad beli dekat pasar malam..beli dalam RM 3 je..sambil layan tv sambil makan jajan rokok ni..aummm...

P/s: jangan hisap rokok yang berasap tu..boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan orang lain..katakan "TIDAK" pada merokok..(macam iklan gitu).. 

KUCING LAYAN RUNNING MAN

in , , by Nadia Johari, 23:20:00
hai assalammualaikum

Kucing Layan Running Man - hahahha sejak aku dah layan Running Man ni..setiap kali tayang running man nad akan record dekat astro. Memang takkan miss cerita ni..dan bila nad nak tengok, nad bukarecord tu..senang dengan record..boleh cepatkan iklan yang tak suka dok tengok tu..hehe..Memandangkan nad memang giler dengan Running Man..kucing nad pun join..ahhaa

Si Mona ni memang suka lepak depan tv lepas dia kekenyangan..lepas makan je, naik dekat tv tu, lepak, kadang sampai tertido..kadang tak boleh blah layan tv sekali..hahaa..tv gerak-gerak kan..lawak je kadang tengok kucing sekor nad ni..macam-macam la..Dia punya syok tengok Running Man sampai mata tak berkedip. Mayb dia tengok makhluk asing turun ke bumi..dengan pakaian pelik..ahhaa..meh ler layan youtube ni..


Running Man memang terkenal..Program korea paling popular hasil terbitan SBS Production.. Tengok saja peminat mereka..mana je diaorang pergi mesti ada yang kenal..huihhh..popular habis depa..Memang tak kering gusi layan rancangan ni..ehhe..

K malam ni layan lagi yang nad record..

OUTING JERAM

in , by Nadia Johari, 19:25:00
hai assalammualaikum

Outing Jeram - Kalau orang selangor mesti tau Jeram dekat mana..dekat situ selalu orang pergi sebab nak makan Aroma Ikan Bakar atau sesaje lepak tengok matahari terbenam..ataupun pergi cari kerang..eh..tu pantai remisla..hehe..tapi Jeram memang menarik..kalau nak ketenangan bolehlah ke sini..huhu..dan nad ke sini sebab teman mr mafia amik gambar..biasalah..dia nak amik matahari terbenam..


Biasalah..duduk memerhati orang sambil kite pun nak amik gambar pemandangan ni untuk kita sendiri..hehehe..



Video sedikit dengar deruan ombak di jeram..


ANUGERAH MELETOP ERA MEMANG MELETOPPPP

in , by Nadia Johari, 01:12:00
hai assalammualaikum


Anugerah Meletop Era Memang Meletop - Semalamhabis je tengok Mentor Legend, nad buka cerita Anugerah Meletop yang nad record ni..hahaha..tak sabar rasanya nak tengok terus je layan sampai kul 3 pagi..sampai habis..Tak sia-sia nad record, sebab apa??.. sebab anugerah meletop kali ini memang meletop-letop kau berbanding tahun lepas..

Kalau tahun lepas, pengacara hanya Dato Ac, Nabil dan Nealofa..suasana macam sedikit hambar dengan kontroversi pakaian Nealofa tapi kali ni, pengacara ditambah dengan kumpulan Jozan iaitu Zizan dan Johan..dah kalau ade dua orang ni memang riuh laacara..haha..tak henti-henti gelaknya..so takdelah bosan sangat..Di gemparkan dengan persembahan artis-artis dari kumpulan baru, lama danotai..memang hebat..Anugrah Meletop Era 2015 kali ini telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Dan yang paling syokpart Erra bawak motor besar..fuhh..Erra memang dah lama dengan motor besar die..nad penah berangan nak jadi macam Erra..bawak motor besar-besar gitu..hahaha..nad memang minat tengok motor-motor besar ni..hehee..terbaikla..kelakarnya awie kene naik basikal..ehhee..Johan pulak melakonkan watak Awie..ahhaa..Lagi satu kelakrnya bila Sharnaaz jadi Encik sotong..euuww dengan bear besar dia..hahaha..memang meletop bebeh..

Malam itu Anugerah Meletop Era ditaja oleh Aurawhite "shake,shake, you all"..sekali Qu Puteh menjelma la..hehehe..sempat lagi buat gaya Qu Puteh tu..ehhee..

Keputusan penuh Anugarah Meletop Era

  1. Drama TV Meletop - Bukan Kerana Aku Tak Cinta
  2. Artis Lawak Meletop - Johan
  3. Hos TV Meletop - Datuk AC Mizal
  4. Pelakon TV Meletop - Zul Ariffin
  5. Program TV Meletop - Maharaja Lawak Mega 2013
  6. Lagu Meletop - Mewangi – Akim & The Majistret
  7. Penyanyi Meletop - Datuk Siti Nurhaliza
  8. Grup Duo Meletop - Akim & The Majistret
  9. Penyampai Radio Meletop - Johan
  10. Program Radio Meletop - JoHaRa Pagi Era
  11. Filem Meletop - Abang Long Fadil
  12. Bintang Filem Meletop - Nelydia Senrose
  13. Fesyen Meletop - Nur Fazura
  14. Artis Baharu Meletop - Ayda Jebat
  15. Bintang Online Meletop - Datuk Siti Nurhaliza
  16. Couple Meletop - Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

    Anugerah Top Top Meletop Wanita - Ayda Jebat
    Anugerah Top Top Meletop Lelaki - Johan

Tahniah buat semua pemenang yg telah di umumkan dalam Anugerah Meletop ERA 2015.

AIR KOSONG LA AIR PALING SEDAP

in , by Nadia Johari, 00:39:00
hai assalammualaikum


Air Kosong La Air Paling Sedap - hahhaha..tajuk takboleh blah kan..kenapa nad cakap air kosong air paling sedap...sedangkan air kosong takde perisa pun..tawar je..yela lepas je korang minum air manis-manis mesti tekak rasa something..lepas tu mesti minum air kosong..macam nad..kalau dulu masa remaja, nad jarang minum air kosong, sellau minum air manis-manis..dan feveret minuman masa tu air milo..

Tapi sejak masuk study, dah tak boleh terima air manis bersusu ni dalam tekak..kalau minum nanti mesti terkeluar balik..pastu pening..kalau air buah tu nad boleh minum air laici dengan orange je..tapi lepas tu mesti minum air kosong..ahhhaa..dah biasa sejak tak boleh minum air manis-manis bersusu ni terus layankan je minum air kosong. sampai kalau keluar je mesti order air kosong..sebab takut akan pening atau mual-mual..mr mafia sampai cakap "rugi bawak sayang keluar, sebab minum air kosong"..hahaha..jimat ape..hehee..mana tak dia marah, kadang tempat makan sedap-sedap pun nad nak order minum air kosong..order la air yang sedap dan mahal..katanya..yela ikutkan jele..hehhe..

Bagusnya air kosong ni untuk badan ialah melancarkan pencernaan. Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas sehari setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan sakit sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. 

Air kosong jugak sesuai untuk mereka yang nak kekal cantik. Kalau kita minum produk kecantikan mesti kene minum air kosong jugak kan..sebab dia melancarkan ke seluruh badan supaya badan kita sentiasa lembap dan tidak kering..Bila minum air kosong, nad rasa badan selalu segar, cergas je..berbeza kalau minum air manis..badan jadi berat lemah dan rasa nak tidur terus..hahaa.Minum air kosong puntekak rasa segar je..

Sebab tu nad cakap air ksoong la air paling sedap..hahaha..Jom amalkan minum air kosong 8 gelas sehari demi menjaga kesihatan..ooyeahh..ehhee..





TAHNIAH AZMIL JUARA MENTOR LEGEND 2015

in , by Nadia Johari, 23:23:00
hai assalammualaikum

Tahniah Azmil Juara Mentor legend 2015 - haii..baru dapat update pasal Mentor legend ni..hari ni sibuk sangat..sibuk bayar bill letrik, api, dengan bill internet. Ingatkan nak sekali bill roadtax, tapi tak sempat pulak..sambung besok jele..hehe..Hari ahad ada dua rancangan menarik iaiatu mentor Legend dengan Anugerah Meletop Era..tapi disebabkan mr mafia nak tengok mentor..kite tengokla mentor..yang Anugerah Meletop era kita record..hehee..senangnya ade astro record-record ni..tapi nak membayornya..hahhaa..

Ok berbalik kepada cerita Mentor, Tiga peserta terakhir telah masuk ke Final iaitu azmil protege Dayang, Aina protege Ella dan Sarah protege Amy Search..Program Realiti Mentor Legend ini telah diadakan di sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam. Malam itu setiap finalis mendendangkan tiga buah lagu, pertama lagu bersama mentor, kedua duet dengan artis jemputan dan ketiga bernyanyi secara solo.

Malam tu Nad sokong Aina..mr mafia pulak jangka azmil akan menang sebab suara die sedap..tapi nad tengok Aina macam lagi mantap..hahhaa..tapi keputusan berpihak kepada Azmil..Tahniah Azmil..


Dengan keputusan Juriawam 20%, juri mentor 50% dan undian sms 16 % protege kepada Dayang Nurfaizah iaitu Azmil menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor Legend. Dengan membawa pulang wang RM 30,000, kereta proton iriz dan trofi

Protege ratu rock Malaysia, Ella, iaitu Aina Abdul Ghani mendapat tempat kedua dengan mendapat 68 peratus markah, sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM200,000 serta trofi.

Manakala protege Amy Search, Sarah atau Maisharah Fazny Mahadzir (61 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

KASUT WEDGES MENJADI PILIHANKU

in , by Nadia Johari, 13:14:00
hai assalammualaikum

Kasut Wedges Menjadi pilihan - Perempuan dengan kasut memang tak dapat dipisahkan. Kalau dulu, nad suka pakai kasut tumit tinggi yang berapa inchi ntah..tapi masyaallah..sekejap je pakai sebab sakit kaki jalan jauh..hahaha..konon nak nampak anggun kan..lepas tu terus pakai kasut bila berjalan..nampa rock sikit..

Pastu masa study cari sandal..kasut yang flat rata je..tapi macam nad nampak pendek..haha..sangat tak bergaya..tapi tetap pakai sebab nak pergi ke kelas kene cepat..jalan kene laju..jadi time berjalan je pakai ayu-ayu gitu..Lagi satu nad tak boleh pakai kasut yang tutup belakang nanti cepat melecet..adehh..meyeksa betul..


Nak cari kasut yang sesuai memang payah. Last sekali nad ada terbeli kasut wedges ni..memang sesuai dengan nad. Tak sakit pun..selesa je. Apa yang bestnya wedges ni, sebab tapak dia besar..so, wedges ni boleh tampung berat nad..ala berat nad bukan berat sangat..tak sampai 40 pun..sobsobsob..Bila nad pakai kasut wedges ni rasa konfident nak berjalan..macam model gitu..ahhaha..takde nak rasa tergolek-golek pun..terjatuh ke..sebab tapak dia besar kan..

Kasut ni la salah satu kasut wedges nad ada..hehe..eh silap ade lagi satu tapi nad suka pakai yang ni..hahaha..pernah sampai terkopak tapaknya tapi hantar dekat kedai baiki kasut, die jahit tapaktu..alhamdulillah elok balik sampai sekarang..


Tumit wedges ni betul-betul ebrada di bawah kaki ( dari belakang kasut , di tengah dan di depan). Tak semua kasut wedges tu tinggi..ade yang rendah bergantung kepada tahap ketinggian yang biasa membezakannya adalah bentuk dan panjang tumit.

Kasut ni takdelah nampak tinggi walaupun bertumit tapi lebih senang untuk berjalan dengan lebih stailista. Nak jalan laju pun boleh..ahhaa.. Kasut ni sesuai dipakai untuk semua jenis pakaian seperti skirt, seluar mahupun dress..

LAMB CHOB KHAS UNTUK BIRTHDAY SI DIA

in , , by Nadia Johari, 23:02:00
hai assalammualaikum

Lamb Chop Khas Untuk Birthday Si Dia - Sepatutnya masa birthday die, nad buat lamb chop sekali.sebab lamb chop ni kegemaran dia. Sebab kalau makan chop-chop ni, die mesti order Lamb hop..tapi terlupa pulak nak beli lamb chop frozen ni..hahaha..jadi nad gantilah dengan beli lasagna dekat secret recipe..tu pun salah satu makanan kegemaran dia..Lepas tu nad tetap beli Lamb Chop..yela kot-kot sesaja hari cuti nak makan simple je..dah boleh buat dekat rumah..

Lamb Chop Frozen ni nak beli dekat seorang budak perempuan yang nad kenal dekat instagram. nama dia Una..Comel je budaknya..haha..dari situ tetiba kitaorang dah rapat..sebab die yang tegur..borak punya borak tup-tup dia de cakap die buat kek, buat Lamb Chop frozen..wahh nad pun excited la..sebab memang plan nak cari lamb chop frozen. Kalau beli dekat luar, satu je dah RM10 kot..



Jadi nad beli dengan Una lamb chop ni..ade 9 slices..dia dah siap perap dan dah sediakan kuah untuk lamb chop ni..senang kan..harganya semua RM40..okla..berbaloi..masuk petia ais, insyallah boleh tahan.


Esoknya nad baru masak Lamb Chop ni untuk birthday boy..nad masak guna Periuk Goreng ajaib ni..hehee..senang dan mudah.

Dah siap Lamb Chop untuk mr mafia..sampai licin dia makan..hehee..alhamdulillah...

Kalau korang nak order korang boleh order dengan una di no 01123211021

TIPS MANDIKAN KUCING

in , , by Nadia Johari, 19:43:00
hai assalammualaikum

Tips Mandikan Kucing - Part ni la yang paling tak suka buat dekat kucing..ahhaha..buakn senang nak mandikan kucing..yela kucing kan tak sukakan air..lainla kucing tu sukakan air memang senang nak mandikan..takpun biarkan dia mandi sendiri..tapi cuba bayangkan kalau dapat kucing yang bengis..garang..tak ke naya..habis tangan dicakornya..

TIPS MANDIKAN KUCING

in , , by Nadia Johari, 19:43:00
hai assalammualaikum

Tips Mandikan Kucing - Part ni la yang paling tak suka buat dekat kucing..ahhaha..buakn senang nak mandikan kucing..yela kucing kan tak sukakan air..lainla kucing tu sukakan air memang senang nak mandikan..takpun biarkan dia mandi sendiri..tapi cuba bayangkan kalau dapat kucing yang bengis..garang..tak ke naya..habis tangan dicakornya..

PERIUK GORENG AJAIB

in , by Nadia Johari, 17:56:00
hai assalammualaikum

Periuk Goreng Ajaib - Macam-macam la sekarang..periuk ajaib, pemagang ajaib..hahaha..memang ajaib sungguh naa..sekarang kalau boleh nak cari barang 5 dalam satu..hahaa..jimat sikit kan dekat dapur tu..takyah beli banyak-banyak periuk..Macam mak nad guna pemagang ajaib..tapi anaknya beli priuk goreng ajaib..hahaa..walaupun namanya periuk goreng..tapi bukan setakat goreng je..lebih daripada goreng diguna..


Ni bukan yang nad beli, tapi mr mafia yang beli..dia pantangla nampak benda-benda memasak ni..kalau boleh nak mintak isterinya masak sedap-sedap..mana tau guna priuk ajaib ni masakan pun jadi ajaib..ahhaa. Periuk Goreng ajaib ni boleh mengukus, memasak, merebus, menggoreng, menumis,memagang serta memanaskan makanan.

 Inila rupa Periuk Goreng Ajaib. Penutup periuk goreng ini boleh dipisahkan, jadi boleh dapat untuk memasak dan memagang..atau mengukus..Periuk goreng ajaib ni mudah dekendalikan kerana mempunyai tangkai tambahan.


Bahagian penutup..boleh dibuka untuk dijadikan pemanggang atau sebagainya.

Periuk yang boleh digunakan untuk memasak, megukus dan sebagainya





Inilah barang tambahan yang nad dapat. Barang untuk menggoreng, getah, tempat kukus..dan macam-macam lagi..huhuhu..

Memang mudah kerja..hehee.. 
 


SAFI BALQIS CERAH SEMPURNA MASTERCALSS

in , , by Nadia Johari, 15:47:00
hai assalammualaikum

Safi Balqis Cerah Sempurna Masterclass - Haritu, nad telah dijemput ke majlis Safi Balqis Masterclass bertempat di The Cooking House Bangsar. Dalam majlis ini ada dua sesi iaitu yang pertama sesi membuat puding parfe bersama seorang chef dan bengkel pengjaagaan wajah yang dilakukan oleh  duta Safi Balqis White Trilogy iaitu Haniz Zalikha dan pengurus kumpulan Safi iaiatu Puan Mahsuri. 
hai assalammualaikum

Siti Nurhaliza Dan Cakra Khan : Seluruh Cinta - Lagu siti banyak yang best-best..dan lagu terbaru sekarang dengan Cakra Khan..memag best..hari-hari dengar..korang pun mesti pernah dengar kan..meh ler kita dengar sama-sama..


Lirik lagu

Menatap kepergian dirimu 
Meratap menangis sedih tak tertahan 
Terbaik saat bersama 
Lewati masa terindah 
Saat kau memeluk ku 
dalam pelukan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku  
Yang selalu menentramkan perasaanku 
Diri mu akan selalu ada 
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku 
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku 
Akan selalu memuja mu 
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi 
Habis separuh nyawa ku tangisi mu 
Tiada lagi bait terindah 
Terdengar merdu terucap 
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku , 
Yang selalu menentramkan perasaanku 
Diri mu akan selalu ada 
Disisiku selamamnya

Kau bagaikan nafas ditubuhku 
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku 
Akan selalu memuja mu 
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu) 
Tiada yang sanggup gantikan diri ku

Tiada rasa seindah kasih mu 
Tiada yang mampu temani diri ku

oh..oh

Kaulah seluruh cinta bagiku , 
Yang selalu menentramkan perasaanku 
Diri mu akan selalu ada 
Disisiku selamamnya

oh…

{ Kau bagaikan nafas ditubuhku 
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku 
Ku kan selalu memuja mu 
Hingga nanti kitakan bersama } 2X

Ku kan selalu memuja mu hingga nanti kitakan bersama
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2