Tema Baju Raya 2020 - Tahun ni disebabkan kita beraya dekat rumah, boleh ziarah untuk hari raya pertama sahaja, jadi tema baju raya nad dengan anak-anak berkebaya dan berkain batik..hehee..Tapi nad tak pakai kebaya pun, nad pakai baju blouse. Anak-anak je pakai kebaya. Yang penting kain batik tu..hehehee..
Tema Baju Raya 2020 - Tahun ni disebabkan kita beraya dekat rumah, boleh ziarah untuk hari raya pertama sahaja, jadi tema baju raya nad dengan anak-anak berkebaya dan berkain batik..hehee..Tapi nad tak pakai kebaya pun, nad pakai baju blouse. Anak-anak je pakai kebaya. Yang penting kain batik tu..hehehee..
Sambutan Hari Raya PKPB 2020 - Hah, dah masuk hari raya ke 6 dah rupanya ya. Tahun ni raya tak semeriah seperti sebelum-sebelum ni disebabkan covid 19. Macam tak sangka kan semua ni akan berlaku. Memang menjadi peringatan dan kenangan kepada kita semua untuk hadapi norma baharu. Tahun ni kita sambut hari raya secara sederhana sahaja. Walaupun macam tu, masih bersyukur dapat meraikan hari raya walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ).
Resepi Air Paddle Pop Melon Lime Fizzy - Pertama bila waktu berbuka, mestila cari air dulu.. Hehehe. Dapat air segar, fresh memang lega tekak ye. Harini nad buat air Paddle Pop Melon Lime Fizzy.. Sedap weii. Tambah asam boi lagi sedap.. Korang pun boleh cuba.. Senang je..
SHOPPING ONLINE DI PG MALL, DAPAT CASHBACK BAYAR GUNA MAYBANK QRPAY DAN BANYAK TAWARAN MENARIK OII!!
Shopping Online Di PG Mall - Nad tau bukan nad sorang je suka shopping online, ramai yang suka shopping online sebab mudah, tak buang masa, tak buang tenaga dan jimat. Order dihujung jari sahaja. Tengah masak pun boleh order.. Hehehe.. Dah pilih barang, terus masuk dalam cart, bayar dan tunggu barang sampai depan pintu rumah. Lagi dengan musim PKP ni, memang membeli online je la. Kedai pun tak banyak buka, nak beli barang susah, lagi kene ikut SOP, beratur bagai, memang tak larat la. Jadi, penyelesaiannya, kita pilih untuk shopping online, semua ada.
Buat Cermin Mata Baru, Murah Dan Cantik Di Kedai Viral Eye Pro Vision KL - Hah, ingat satu spek cermin mata cukup, rupanya kena ada banyak cermin mata ya untuk backup. Mana taknya, kadang lupa letak mana, takpun kejadian patah cermin mata, sedih. Jadi, untuk raya ni, nad buat lagi satu cermin mata baru untuk raya. Dahla murah, cantik pulak tu..ehhee..Mana lagi kalau bukan dekat kedai viral Eye Pro Vision Sunge Wang KL. Sebelum ni, untuk cermin mata pertama nad, nad buat dekat sini la. Sejak haritu, kedai Eye Pro Visionla kedai cermin mata kegemaran nad. Dahla murah, layanan pun bagus. Ramai kawan-kawan nad buat cermin mata dekat sini, memang semua puashati, lagi-lagi harga dia yang murah.
hai assalammualaikum
Resepi Kerabu Pegaga - Alkisahnya, nad suruh suami belikan daun pudina, sekali balik, cakapla dengan suami " mana daun pudina bang "..suami cakap " kan ada dalam tu, cuba tengok "..kita pun cakap la takda. Suami tak puas hati suruh tengok, dan dia tunjuk.
Guysss, korang nak tau, dia tunjuk daun apa, dia tunjuk daun pegaga ok..Stress kita wak. Dahla kita nak guna cepat daun pudina, sekali salah beli. Nad cakap, takkan tak cakap dengan orang jual sayur tu. Suami pergi pasar, alang-alang suruh beli sayur, beli daun pudina sekali. Dia cakap, orang jual sayur tu tunjuk daun pegaga ni adalah daun pudina. Muka kita dah berkerut ok. Takkanla orang jual sayur yang dah bertahun tak tau sayur pudian macam mana. Huh, sudahnya, satu ikat pegaga dia beli. Nak buat apa oiii..Dahla rumah ni jarang makan pegaga. Geram je rasa.
Ucap Selamat Hari Guru 16 Mei 2020 Hanya Di Whatsup Sahaja - Semalam merupakan Hari Guru Sedunia untuk guru-guru yang mengajar di sekolah. Setiap 16 Mei merupakan Hari Guru bagi menghargai guru di atas jasa dan bakti mereka. Sebelum-sebelum ni, sambutan Hari Guru disambut meriah di semua sekolah. Ada hadiah, ada persembahan dan macam-macam lagi, disambut dengan meriah. Tapi untuk tahun ni, berlainan, disebabkan wabak covid 19, semua sekolah dan institusi ditutup, maka tiada sambutan Hari Guru dan hanya sambut di whatsup sahaja dengan ucapan.
Kempen ‘Discover the World’ 2020 Dengan Citarasa Jepun, Samurai Burger Kini Kembali - McDonald's Malaysia yang melancarkan kempen tahunannya ‘Discover the World’ dengan kelazatan citarasa Jepun, membawa kembali Samurai Burger dan Shogun Burger yang popular.
Pulut Panggang Menggunakan Susu F&N - Salah satu yang digemari masa puasa, Pulut panggang. Nak buatnya memang bukan senang, tapi dah teringin kan. Tak guna santan, kita tukar guna Susu Isian Sejat F&N ( F&N Evaporated Filled Milk).. Sedap juga..bawah ade cara buat dia.
Bubur Berlauk Jim's Porridge Aneka Jenis, Sedap Dan Mengenyangkan - Bulan puasa ni, bila takda bazar, memang kena masak jela. Tapi haritu, nad selsema, badan tak berapa sihat, suami pulak sakit gigi, teringin nak makan bubur. Nak masak tak larat. Lepas tu ternampak pulak Kak Nina dan Kak Julia Johari post diaorang berbuka puasa dengan bubur berlauk Jim's Porridge. Ya Allah, macam tau-tau je nad teringin bubur, tengok buburnya penuh, aneka jenis lauk pulak tu. Esoknya terus nad order bubur berlauk Jim's Porridge ni, order online je senang dekat https://jimsporridge.oddle.me/en_My, terus diaorang delivery sampai rumah.
Resepi Roti John Yang Mudah Dan Sedap - Teringat Roti John dekat bazar, tapi tahun ni takda bazar.. Jadi buat sendiri jela.. Mudah je sebenarnya. Kelainan dekat sini nad guna Susu Isian Sejat F&N ( F&N Evaporated Filled Milk) . Roti John Legend-ary ku sedap.. Habis ye anak dan suami makan.
Bayar Zakat Secara Online, Mudah, Pantas Dan Selamat - Alhamdulillah sudah 17 hari kita menjalani ibadah puasa, dan kita sudah biasa menjalani kehidupan norma baharu disebabkan covid 19 ni. Apabila datangnya bulan Ramadan tidak ketinggalan semua umat Islam wajib menunaikan ibadah zakat fitrah mereka sebagai tuntutan agama dan menyempurnakan rukun Islam.
Berbuka Puasa Dengan Marrybrown Berbaloi Puasa, Jimat dan Berbaloi - Bulan puasa ni, sesekali kena gantung kuali, jadi, kita order makanan yang boleh delivery la. Senang, tunggu makanan sampai dekat rumah. Sesekali nak rehatkan badan kan..hehee. Lama dah tak makan fast food, nampak kawan-kawan post, Marrybrown ada buat promosi bulan Ramadan ni, terus nad tengok. Hah, memang murah-murah ye semua promosi Marrybrown Berbaloi Puasa ni, terus cakap dengan suami, " abang, kita order jela harini, penatla nak masak. Tengok Marrybrown ada buat promosi, murah je "..suami tengok dan terus cakap " hah orderla "..isteri tersenyum riang ye..hehee..
Sahur Dengan Susu Lazz, Sedap Dan Kenyang Sepanjang Hari - Susu Lazz, memang susu kegemaran kami sekeluarga. Dari dulu lagi nad dah minum susu Lazz ni. Susu Lazz ni minuman berasaskan susu kambing, memang elok diambil, sebab susu ni banyak khasiat dia. Sangat sesuai diambil untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak sampai la orang tua. Nad suka sebab susu ni ada pelbagai perisa, dan rasanya yang sangat sedap. Orang yang mengandung dan menyusukan memang elok ambil susu ni, sebab nad pun dulu minum masa mengandung, badan rasa bertenaga je. Sekarang bulan puasa, memang setiap kali sahur, nad mesti minum susu Lazz ni. Alhamdulillah, sepanjang bulan puasa, minum susu Lazz ni, rasa kenyang je sepanjang hari walaupun menyusukan anak.
Cucur Manis Pelbagai Rupa, Asalkan Rasanya Masih Sedap - Korang ok lagi tak tu. Dah 8 hari kita berpuasa, alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan sihat kan. Semoga kita dapat teruskan puasa kita dengan penuh kesabaran dan keberkatan. Kalau sebelum ni, tak tau nak masak apa, pergi bazar jela. Tapi, sekarang takda bazar,kena masak je. Buntu memang buntu, tapi nak taknak masak. Bab lauk pauk, ok lagi, bab kuih tu, haishh rumit..hahahaa. Semalam pening tak tau buat apa, teringat cucur manis. Hah, buat cucur manis jela. Benda paling senang, bahan pun semua ada.
Idea Cenderamata Pilihan Terbaik Di Greenworks Sebagai Corporate Gifts - Pernah tak korang pergi sesuatu event, lepas tu dapat cenderamata barang yang sangat unik dan sangat berguna untuk dipakai. Macam nad, pernah pergi beberapa event produk berjenama, lepas tu dapat goodies, dan goodies yang diberi ialah powerbank siap dengan nama kita..seronok bila dapat cenderamata macam tu, sebab ada nama kita, dengan nama jenama tu. Powerbank kan benda yang memang kita akan guna selalu untuk cas telefon. Lagi ada nama kita, memang rasa wow tau..hehee..
Bila Dapat Keluar Selepas Sebulan Kuarantin Dalam Rumah - Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan, selama sebulan, nad tak pernah keluar rumah lagi. Syarat, hanya ketua keluarga atau seorang sahaja seisi rumah yang dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang keperluan. Selama ni, memang mr mafia jela yang membeli. Dia la yang rasa situasi dalam mall macam mana. Nad tengok dekat dalam tv, media social jela. Semalam, nad nak beli barang, mr mafia, dah berapa kali keluar, tak jumpa-jumpa. Jadi, decide, biar la nad yang keluar. Pergi Tesco je pun..hehee. Takut, memnag takut sebab covid, tapi tak salah sesekali kita keluar tengok keadaan macam mana. Ambil udara sikit. Bukan lama, beli barang , terus balik.
Ramadan New Normal , Salam Ramadan - Harini, hari pertama kita berpuasa. Puasa seperti biasa, tahan lapar daripada makan dan minum bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. Tapi suasananya berlainan untuk tahun ni. Tahun 2020, kita hadapi Ramadan yang berbeza, Ramadan New Normal. Ramadan kali ni akan jadi kenangan untuk kita selamanya. Mungkin banyak hikmah yang kita akan dapat untuk Ramadan New Normal ni.
Sarapan Pagi, Mee Goreng Bodoh Je - Haritu sarapan buat nasi lemak, buat jemput-jemput, dah buat apa lagi erk.. Hahhaa.. Kalau malas giler, sarapan air dan biskut jela. Yela tengahari masak lagi. Selalunya tengok kerajinan la nak masaknya ni. Haritu u suami beli mee, jadi kita lun kenala buat mee goreng. Bahan pun apa yang ada jela. Okla jadila sarapan mee goreng bodoh dan telur mata.. Sedap juga.
Cara Cashout Duit Adsense Masuk Automatik Ke Akaun Bank - Macam biasa, bangun tidur cek email, tengok apa yang ada. Nampak satu email Google Adsense. Terus bibir tersenyum. Syukur alhamdulillah, dapat duit Google Adsense. Dia datang ketika memamg diperlukan. Segala usaha yang dilakukan akhirnya buatkan hasil. Ya, ni kali pertama nad dapat. Sebab tu gembira lain macam.. Hahaha.
Dapatkan Laporan Skor MyCTOS Percuma Sepanjang PKP Covid-19 - Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, memang semua orang terkesan, tidak kira mereka dalam kedudukan apa pun. Banyak yang terjejas, tak boleh buat aktiviti macam biasa, dan tidak boleh bekerja. Hanya sektor tertentu sahaja yang boleh beroperasi. Tapi, apa yang dilakukan ni, adalah untuk menghentikan penularan Covid 19 dan bagi keselamatan kita juga. Silat patuhi arahan kerajaan.
Resepi Sardin Masak Lemak - Sardin makanan pilihan bila barang dapur dah habis..hehe..Stoksardin mesti ada dekat rumah ye, bukan dua tin tapi bertin-tin, tapi takdela samapi 10 tin..hahahha. Cukupla ada 5 tin dekat rumah. Bila dah tak tau nak masak apa, ambil je sardin masak la dia. Selalunya sardin kalau nak senang masa gitu je, tumis bahan dan masukkan sardin. Paling orang suka masak sambal. Tapi nak nampak kelainan, sardin pun boleh buat macam-macam.
Sesekali Makan Maggi, Setiap Sorang Lain Bahan - Kadang jemu makan nasi, penat nak masak banyak lauk. Lagi kalau hari minggu, rasanak rehat dan makan simple je. Jadi, Maggi la jadi pilihan untuk kami sekeluarga makan. Bukan selalu makan Maggi, kadang sebulan sekali, tak pun beberapa bulan baru makan..hahaah. Kadang datang mood tak berapa nak rajin, macam ni la.
Masak maggi senang je, panaskan kuali yang berisi air, campak je rempah dan maggi dalam tu. Tambahla apa yang ada dekat dapur, macam sayur ke, telur ke. Kalau macam mr mafia punya, mesti kene masak bawang merah dan bawang putih dulu. Tu cara dia makan maggi. Nad dengan anak-anak takda macam tu, campak je..ahhaa.. Malas nak tumis-tumis dulu. Cuma suami punya jela.
Dekorasi Bilik Tidur Nampak Lebih Romantik - Pejam celik, pejam celik, sebulan juga kita dah kuanrantin dalam rumah ye. Tahniah buat aku dan anda semua yang memebri kerjasama ( clap hand )..hehee..Sepanjang PKP ni, bila tak dapat pergi event, ada la lebih masa dekat rumah. Masa PKP fasa 2, job pun belum masuk sangat, jadi masa tu ada la sikit. Time ni juga, datang macam-macam idea nak buat dekat rumah. Salah satunya ialah dekorasi bilik.
Parfaits Dessert Menggunakan Anchor Whipping Cream - Waktu kuanrantin dekat rumah ni la, macam-macam resepi, kek, dan dessert orang kongsi ye. Bila dah orang kongsi, mestila kita nak cuba. Contoh macam kek milo yang nad buat. Kali ni nad buat Parfaits dessert yang sangat sedap dan mudah menggunakan Anchor Whipping Cream.
Fariza Dah Rindu Dekat Sekolah Dia - Harini masuk dah Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke 3. Harap semua ok dan baik-baik sahaja dalam rumah tu. Jangan stress sangat guys. Kalau stress, tenangkan fikiran tu dengan mendengar ayat suci Al-Quran, tengok benda kelakar, dan rehat secukupnya. Memang ramai yang terkesan dengan covid ni, termasuk anak nad sorang ni, Fariza.
Beaconhouse Group Of Schools Offers 15% Reduction In School Fees In Light Of Extended MCO - We have now entered phase 3 of the Movement Control Command. Hope you all are doing well. Even though we are in a quarantine, cannot go to work, we can not do as we always do, but we are still grateful, because we are still in control. During this pandemic, Beaconhouse Schools understood the situation and took initiative by reducing school fees to help families in their current situation.
Order Makanan Di Knowhere Bangsar Secara Online, Delivery Cepat, Makanan Pun Sedap - Dari PKP Fasa pertama sampailah PKP Fasa kedua ni, nad memnag selalu masak sendiri. Belum pernah lagi order online ni. Semalam, badan nad start sakit, pinggang sakit, rasa semua sakitla. Mungkin sebab terlalu penat. Jadi, harini, nad memang takda mood nak masak, penat nak masak, order makanan online jela. Rindu dah dengan makanan restoran ni. Nad pun order dekat Knowhere Bangsar secara online di https://knowherebangsar.oddle.me/en_MY/ .
Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk - Nad tak pernah rasa pun makanan dekat kedai 3 budak gemuk. Dekat twitter ramai pulak cakap makanan dekat situ sedap. Lepas tu adalah sorang ni, post resepi ayam kicap 3 budak gemuk. Tengok bahan, semua nad ada. Nak buatnya pun senang. Semalam, cubalah masak, pergh sedap juga, dengan bau daun kari tu..
PKP Dilanjutkan Sehingga 28 April, Kita Akan Hadapi The New Normal - Setiap kali perutusan dari Perdana Menteri mesti akan dinantikan oleh kita semua. Dalam keadaan situasi sekarang, apa yang disampaikan Perdana Menteri sangat penting. Dan haritu, Perdana Menteri memberitahu baha Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehinngga 28 April. Alhamdulillah..Nad memang setuju diteruskan bagi mengurangi penularan covid 19 ni. Dan harap akan dilanjutkan sampaila rasa keadaan betul-betul pulih.
Pelbagai Resepi Masakan Daging - Mesti ramai suka makan daging kan. Daging ni macam-macam boleh buat. Jadi ni nad kongsikan beberapa resepi masakan daging yang korang boleh buat. Yang penting ia sedap dan mudah.
Lelaki Pun Kena Jaga Wajah - Siapa kata lelaki kurang memberi tumpuan kepada penampilan? Ada je sesetengah lelaki yang pandai jaga wajah diaorang. Kalau tengok twitter, banyak je orang lelaki kongsi perbezaan wajah mereka dari berjerawat ke kulit yang cantik. Siap buat thread lagi. Tu pun sebab diaorang memng nak berubah dan rajin membaca. Tengok banyak kongsi diaorang pakai memng ikut langkah yang betul, dari pencuci, toner, serum, moisturizing sampaila ubat jerawat.
Cloth Face Mask, Untuk Langkah Persediaan - Sejak kes Covid 19 makin meningkat, mulalah orang ramai cari face mask, sebab penyakit ni boleh berjangkit melalui hidung dan mulut. Disebabkan banyak orang cari, sampai semua kedai yang jual, habis dan tak dapat nak restock. Lepas kes semakin meningkat, banyak pulak orang jual, tapi dengan harga yahudi. Tapi, lepas tu, diturunkan mengikut harga yang ditetapkan.
Kek Milo Tiga Bahan, Kukus Sahaja, Mudah Dan Senang - Sejak PKP ni, banyak la yang tunjukkan skill memasak. Daripada yang tak pernah buat, terus pandai buat ye. Bila dah viral, kita pun nak cuba. Tapi macam nad, tengok kerajinan juga.
Resepi Ikan Masak Asam Utara - Hah, harini kita cuba menu baru, ikan masak asam utara. Bahan yang digunakan pun mudah sahaja.
Cara Buat Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional ( BPN ) - Haritu 1 april, kita dah boleh semak Bantuan Prihatin Nasional sama ada kita lulus atau tidak. Kalau yang sebelum ni pernah menerima BSH atau mempunyai nama di LHDN, tu dalam kategori dah lulus dan tak perlu buat permohonan. Korang duduk diam-diam lepas cek ye. Tapi bagi yang tiada dalam rekod, macam nad ni, memang tak dapat BSH, dan tiada rekod, bolehla buat permohonan baru. Meh nad tunjuk caranya.
Batang Paip Sinki Pulak Tercabut, Cuba Guna Pelekat Kuat Flex Tape Waterproof - Lepas satu, satu masalah datang ye. Kalau datang waktu hari biasa takpe la pulak, ni dia datang sekali waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Lepas paip bocor bawah tanah, batang paip sinki pulak tiba-tiba patah pulsk. Patah sendiri ya, tak tau kenapa dia nak patah. Pergi dapur tengok, hilang dah batang paip sinki. Sudahnya nak tutup guna batang lilin untuk sementara waktu. Lepas tu nampak pelekat kuat untuk lekat barang dkat dinding, beli tiga dapat percuma pelekat flex tape waterproof. Apa lagi terus beli.
Paip Bocor Waktu PKP, Syabas Buat Kerja Laju - Sejak nad kawin lagi memang air paip dalam rumah ni kecil. Tak terfikir pulak sebab bocor ke apa, sebab cuma fikir rumah ni dah lama, jadi mungkin paip dah karat atau apa, sebab tu jadi kecil. Sebelum ni ada juga yang pekerja selalu hantar bil air tu, bagitau, mungkin paip bocor. Tapi bila jadi PKP ni, macam lagi kecik je air tu mengalir. Susah la kalau time PKP air kecil je.
Celebrate Xiaomi Mi Fan Festival 2020 on Shopee - Global technology leader Xiaomi unveils the global Mi Fan Festival 2020 with a special Redmi Note 9S exclusively on Shopee. The Redmi Note 9S comes in a Limited Edition Grey variant for the 6GB + 128GB model.
Cerita Wabak Virus Yang Boleh Ditonton - Berani menonton filem mengenai wabak virus ini? Ramai yang share cerita virus yang sama macam kita lalui sekarang. Bukan untuk menakutkan, tapi untuk mengambil pengajaran dan iktibar supaya lebih berhati-hati. Dijauhkan dari terjadi seperti dalam cerita ni. Kita sama-sama bersatu padu, membanteras virus covid 19 ni. Tapi sekarang dah duduk rumah, mestila nak tengok cerit amenarik. Boleh layan ceriat virus ni. Nad dah tengok beberapa cerita, ada yang belum tengok lagi.
Aneka Resepi Nasi Goreng Yang Boleh Dicuba - Hah, sepanjang PKP ni, duduk rumah sahaja, mesti kerja nak makan je la kan, atau dah tak tau nak masak apa kan. Kalau malas masak banyak lauk, masak je satu menu. Contoh nasi goreng, aneka resepi nasi goreng yang boleh dibuat. Nah, nad kongsi aneka resepi nasi goreng yang boleh korang cuba.
Spageti Sos Sardin Yang Sedap - Dah biasa masak spageti Oglio, spageti bolognase, spageti cheese, nah sekarang cuba spageti tuna pulak..hahaa. Sejak PKP ni kreatif sungguh nak cipta makanan ni ye. Selalu sardin kita makan dengan nasi, roti kan, hah kali ni buat sos sardin untuk spageti pulak. Rasanya sedap juga..hehee..
Bukan biashe-biashe, ini luar biashe..hahahaa..Biar nampak aneh tapi rasa dia marbeles..hehehe..Hah meh tengok macam mana cara membuatnya.
Bahan-bahan
- Spaghetti ikut berapa ramai makan
- 1 tin sardin
- 1 telur
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1 tomato merah
- 1 bawang (potong)
- 5 biji cili
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kecil sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukup rasa
Cara membuat:
- Rebus air sehingga mendidih, tambah 1 sudu garam. Kemudian rebus spageti sehingga dimasak.
- Tos spageti dan ketepikan.
Cara membuat sos
- Kemudian kuali lain, tumis bawang putih sehingga harum.
- Masukkan bawang, gaul dan tumis sehingga naik bau.
- Campurkan tomato dan cili,kemudian kacau. Kacau sehingga masak.
- Masukkan sardin dengan minyak, sos cili, dan sos tiram, kacau sekata.
- Tuang 100 ml air, masak sehingga mendidih.
- Tambah telur dan kacau sehingga masak.
- Masukkan spageti ke sos dan kacau dengan baik.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap..spageti sos sardin boleh dinikmati bersama keluarga
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) - Disebabkan PKP ni, ramai yang resah hati bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan. Dengan tak dapat kerja, dengan fikir nak makan lagi. Memang ramai terkesan, takut kalau PKP dilanjutkan, bagaimana nak teruskan hidup. Alhamdulillah, haritu Tan Sri Muhyifdin Yassin telah buat pengumuman, kerajaan akan memberi Bantuan Prihatin Nasional bagi mengurangkan beban rakyat. Takda yang terkecuali, orang miskin, orang kaya, artis semua dapat.
Boleh tengok kategori yang disenaraikan.
Bila dah keluar pengumuman, mesti ramai tertanya, bagaimana cara nak dapatkan bantuan ini?. Bagaimana cara nak memohon, masuk melalui apa dan sebagainya.
Tadi nad ada terbaca, untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:.
Macam nad, tak dapat BSH, mungkin kena daftar baru. Permohonan BAHARU boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM . Untuk makluman, semuanya hanya boleh dibuat secara online sahaja.
Pembayaran akan dibuat dua kali iaitu April dan Mei.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon ini: 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000
Alhandulillah, syukur dengan bantuan ni. Dapat digunakan untuk beli makanan dan ubatan. Bukan tv, iphone atau apa-apa ye. Duit yang dapat digunakan dengan elok. Kita tak tau covid ni sampai bila. Harap berkurangan la lepas PKP. Harap hilang terus, dan kita boleh jalani kehidupa seperti biasa.
Patut arahan kerajaan, duduk la rumah jangan keluar ke mana-mana. Semoga kita boleh sambut Ramadan dan Syawal bersama.
Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah untuk menangani penularan Covid-19 di negara ini. Dengan adanya PKP, rakyat diminta untuk #dudukrumah, dan tidak keluar dari rumah tanpa sebab.
Rakyat Malaysia kini meluangkan kebanyakan atau seluruh masa mereka di rumah, dan untuk sesetengah orang, kebosanan mula melanda. Kami kemudian bertanya untuk mengetahui bagaimana orang lain menghabiskan masa mereka, dan berikut adalah beberapa tips untuk menyibukkan diri dan berhubung dengan dunia luar!
Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP
1.Merapatkan jarak sosial secara virtual atau di alam mayaRakyat Malaysia telah diberitahu untuk mengamalkan penjarakan sosial, tetapi bagaimana anda melakukannya apabila anda ingin berhubung dengan orang yang tersayang? Buatlah apa yang kebanyakan pekerja sedang lakukan! Mulakan panggilan video bersama yang tersayang.
Aplikasi kegemaran kami yang boleh diguna secara mudah alih dan juga di desktop ialah Skype dan Zoom. Walaupun diberitahu untuk duduk di rumah, apa yang menghalang anda daripada menjadi kreatif dan mengatur sesi minum dan berborak di mamak secara virtual di rumah melalui panggilan video?
Panggilan video secara berkumpulan di Skype kini membolehkan hingga 50 pengguna berada dalam satu panggilan. Anda juga boleh mencuba Zoom yang membolehkan hingga 100 pengguna berada dalam satu panggilan! Walau bagaimanapun, anda perlu refresh atau mulakan semula panggilan selepas 40 minit jika anda bukan pemegang akaun premium.
2.#Foodoftheday
Adakah anda bosan dengan makanan yang dimasak di rumah dan mempunyai keinginan untuk menikmati sejenis makanan? Jangan bimbang, kerana perkhidmatan penghantaran makanan masih beroperasi! GrabFood dan foodpanda kedua-duanya masih menghantar pesanan ke rumah anda.
Sama ada anda inginkan bubble tea atau makanan yang enak, namakannya dan mereka akan hantar. Semasa tempoh PKP, syarikat penghantaran makanan memberikan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pengguna mereka.
Untuk GrabFood, gunakan kod FREEDEL untuk menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM28. Untuk foodpanda, penghantaran percuma adalah untuk semua dan anda boleh menggunakan kod PANDAPAL untuk menikmati penjimatan 30% daripada pesanan anda. Tertakluk kepada terma dan syarat.
3.Membeli-belah dengan selamat dari rumah
Berjalan-jalan melihat barangan atau window shopping kini lebih mudah dan selesa. Pilih daripada senarai barangan yang amat panjang daripada pelbagai kategori daripada platform e-dagang seperti Shopee.
Platform membeli-belah atas talian tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa perniagaan adalah seperti biasa untuk mereka, dan mereka bekerjasama secara rapat dengan jenama, rakan kongsi dan pembekal untuk terus memberikan keperluan harian dan keperluan membeli-belah kepada rakyat Malaysia. Kami juga dengar bahawa pada 27 Mac dan 4 April, akan terdapat barangan menarik yang dijual pada hanya RM0.44!
P/s: Pada masa ini, selain daripada pegawai perubatan kesihatan barisan hadapan, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua abang delivery daripada FoodPanda, Grab, Shopee Express, PosLaju dan banyak lagi atas pengorbanan anda ketika kami duduk di rumah.
4.Dalami budaya popular atau pop culture
Apa kata ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga anda atau mengetahui siapa pelakon yang bakal meningkat naik? Tontoni filem atau siri yang menjadi perbualan rakan anda (boleh dibaca sebagai: Crash Landing on You) di Netflix.
Gunakan perkhidmatan strim Netflix untuk dapatkan filem dan rancangan TV tanpa had di telefon, tablet, komputer riba dan TV anda dengan pakej bermula daripada RM17 sebulan.
5.Cergaskan diri
Adakah anda masih ingat tentang azam tahun baharu untuk bersenam dan menurunkan berat badan? Masanya sudah tiba untuk membentang tikar yoga dan mulakan dengan beberapa senaman regangan mudah. Terdapat banyak tutorial percuma yang terdapat di YouTube.
Sebagai alternatif, jika anda sudah mempunyai atau sedang merancang untuk mendapatkan Nintendo Switch, inilah satu lagi sebab untuk mendapatkannya. Nikmati permainan kecergasan di Switch seperti Just Dance 2020, Zumba Burn It Up! atau Boxing Fitness untuk bersenam!
Itulah tips berguna! Tidakkah kita bernasib baik kerana adanya teknologi?! Kami tidak dapat bayangkan kehidupan tanpanya. Fuhh lega!
McDonald's Malaysia Hargai Petugas Barisan Hadapan COVID-19 - McDonald's Malaysia menaja makanan untuk kira-kira 50 hospital di seluruh negara secara berkala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).
"Ini adalah masa yang mencabar untuk negara, dan kita perlu prihatin dengan petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa untuk kita. Kerana jasa bakti mereka, kita mampu mengawal penularan wabak ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
"Menyumbang kepada komuniti di sekitar lokasi kami beroperasi adalah sebahagian daripada nilai teras McDonald’s Malaysia. Ini adalah sumbangan kecil kami bagi membolehkan kita mengharungi masa sukar ini bersama-sama, sebagai rakyat Malaysia,” tambah Azmir.
McDonald's Malaysia Menaja Makanan Hargai Petugas Barisan Hadapan Covid-19
Penajaan makanan oleh McDonald's Malaysia di hospital-hospital ini akan memanfaatkan kira-kira 15,000 petugas kesihatan. Selain hospital, McDonald's Malaysia juga membuat penghantaran makanan secara berkala kepada petugas barisan hadapan lain seperti anggota polis dan tentera di seluruh negara.#KitaBoleh
McDonald's Malaysia telah memulakan kempen mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu padu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ini. Konsep #KitaBoleh yang dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar ini.
#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja ketika rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).
"Rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan yang tidak menentu, dan inilah masanya untuk kita semua bersatu. Di McDonald's Malaysia, kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa melalui semangat #KitaBoleh, kita dapat menangani apa jua cabaran yang datang dan berdiri teguh bersama," kata Azmir.
Azmir juga memberi pengiktirafan kepada pasukan restoran yang bertugas di lapangan sejak permulaan MCO.
"Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pasukan McDonald’s di semua restoran di seluruh negara. Tak dilupa juga penunggang McDelivery yang gigih bekerja memastikan pelanggan dapat terus menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka," tambah Azmir.
Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/.
Ikan Tongkol Masak Kicap - Sejak duduk dalam rumah, ramai yang share menu masakan. Tu yang best tu, tengok apa diaorang masak, boleh la tiru sikit. Kalau tak jenuh nak fikir masak apa. Haritu nad masak ikan tongkol masak kicap. Nak senang kan, taknak masak yang guna banyak bahan. Jadi kita masak kicap jela.
Bila masak kicap, anak-anak pun sukala. Tapi suami pulak tak suka. Nak bagi dia suka macam amna, hah letakla benda pedas, macam cili besar dipotong atau letak cili blend atau cili kering..pepandai la..Tapi yang ni nad letak je cili besar dihiris sebagai hiasan tapi boleh dimakan.
Ok ni cara nad buatnya..
Bahan-bahan
- Ikan tongkol 3 ekor, bagi keluarga kecil macam nad. Keluarga besar banyakla ikannya kan.
- Bawang merah sebiji
- Bawang putih 2 ulas
- Lada hitam
- sedikit ketumbar
- Sebatang serai
- Garam
- Kicap
- Air
Cara membuatnya
- Goreng ikan tongkol sehingga masak dan ketepikan
- Blend atau tumbuk bawang merah, bawnag putih, lada hitam dan ketumbar.
- Tumis bahan yang diblend atau ditumbuk tu sehingga naik bau.
- Masukka serai yang ditumbuk hujung batang sahaja, bagi menaikkan bau.
- Kemudian masukkan kicap
- Masukkan ikan dan gaul. Nad suka buat macm ni biar kuah kicap meresap dalam ikan dulu
- Kemudian masukkan air. Tuang air sampai ikan tenggelam sedikit
- Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.
- Biarkan sampai kuah tinggal sedikit. Jangan langsung takde kuah.
- Last sekali, taburkan hirisan cili merah besar sebagai hiasan..
siapp...
Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Dalam Rumah - Sudah tiga hari kawalan pergerakan dilakukan, mungkin ada sesetengah orang mulai bosan duduk di dalam rumah. Yela, kadang ada biasa pergi kerja, ada biasa keluar pergi rumah jiran-jiran, beriadah di taman dan macam-macam lagi. Tapi demi keselamatan diri dan orang lain bagi elakkan penyakit covid 19 ni, semua orang diperintah untuk tidak keluar daripada rumah. Banyak sebenarnya aktiviti yang korang boleh lakukan dalam rumah. Masa ni la untuk merehatkan diri dan meluangkan masa bersama keluarga.
Ok, mesti korang buntu tak tau nak buat apa kan.. Hah ni antara aktiviti yang korang boleh lakukan di dalam rumah.
1) Sembahyang Bersama-sama
Bangun pagi, solat subuh. Mana yang tinggal bersama keluarga boleh buat bersama-sama, lagi elok. Bila lagi kita nak dapat bersama kan. Yang tinggal sendiri solatla, jangan tinggal.Ingat solat lima waktu ya.
2) Layan media sosial atau tidur
Selepas solat, boleh rehat sekejap, sambil layan media sosial sekejap. Masa bekerja nak sangat tengok media sosial, nah, tak kerja boleh layan puas-puas. Tengok perkembangan terkini, tengok gossip ke..hehee..Rasa bosan, boleh tidur sekejap.
3) Mengemas rumah
Lepas tu, boleh mengemas bilik tidur. Masa ni la bersihkan "sarang " yang ada. Buang segala kekotoran dekat bantal, cadar, selimut. Lap lantai, mop lantai, lapkan tingkap, sapu lantai atau menyedut habuk dan debu menggunakan penyedut hampagas. Ajar anak lakukan perkara yang sama. Percayalah, mereka akan terlebih ‘excited’ bila diberikan kebenaran untuk bermain dengan ‘vacuum cleaner’.
4) Memasak
Hah, duduk rumah, tunjuk skill memasak masing-masing. Tak tau masak, ada banyak resepi dalam google, taip je nak masak apa semua keluar. Ni senarai resepi yang nad dah pernah buat. Takkan nak order je kan. Sekarang kene berjimat.
4) Menonton televisyen
Selesai kemas, boleh tengok TV. Duduk bersama keluarga saat menonton tv bersama, adalah saat membahagiakan. Teringat dulu, waktu takde gajet, tonton tv bersama, bergelak bersama,..hehee..terkenang pulak. Sekarang astro pun dah bagi siaran percuma. Takde astro, boleh layan cerita dekat online. Banyak sekarang.
5) Meluangkan masa bersama anak-anak dan berkreatif
Bosan layan cerita, boleh buat aktiviti bersama anak. main kuda ke, mainan keretapi ke, buat rumah-rumah ke..hah..hahaaha..memori semua tu. Boleh lakukan aktiviti mewarna bersama anak.
Kalau sendiri-sendiri boleh je buat origami ke, menyanyi ke. menari ke..hah!!, masa ni la ye kalau nak buat kerja gila..hehehee.. Boleh buat projek DIY. Boleh buat carian di YouTube mengenai idea projek DIY menggunakan bahan-bahan terbuang yang terdapat dalam rumah anda.
6) Bersenam
Mana yang biasa jogging, beriadah dekat luar, dekat rumah pun boleh bersenam. Bersenam tidak semestinya perlu keluar pergi ke gym atau taman untuk keluarkan peluh untuk jadi lebih sihat. Boleh saja kalau nak buat di rumah, cukup dengan korang buat beberapa kardio atau lakukan tarian seperti zumba untuk bersenam. Kalau badan korang terlalu banyak berehat dan tidak bergerak banyak untuk lakukan aktiviti pun nanti korang cepat sakit tau! Jadi bersenam memang pilihan yang paling baik. Buat ringan-ringan je pun okay, contohnya turun naik tangga.
7) Muhasabah diri
Muhasabah diri pun adalah salah satu aktiviti yang amat baik untuk korang jadikan diri korang semua lebih positif dalam hidup. Bila bosan di rumah, korang cuba ingat semula apa yang patut korang improve lagi dalam hidup korang untuk menjadi seseorang yang lebih baik? Lebih lagi, tahun baru pun tinggal lagi beberapa hari sahaja dan kalau korang muhasabah awal-awal, korang boleh senaraikan beberapa benda yang perlu diperbaiki dan apa impian yang akan korang capai pada tahun depan. Beringat kenapa terjadinya covid 19 ni.
Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Sambil boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan, kita juga dapat emrehatkan badan kita, dan bertenang sekejap. Duduk rumah ni best oo..kalau yang berkeluarga memang banyak kerja sikit tapi tu la tanggungjawab. Single ni dia relaks je, kalau boleh makan tidur je..hahahaa..Cukup dua minggu dah..
Ok korang, jaga diri. Jangan bosan-bosan duduk rumah.
Covid 19 : Doktor, Nurse Dan Frontliner Pertaruh Nyawa Demi Kita - Dari sehari ke sehari, Covid- 19 semakin meningkat. Walaupun sudah tiga hari Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, namun masih terdapat segelintir orang awam yang ‘degil’ tidak mematuhi arahan tersebut.
Di sebalik kekalutan ini, pihak yang paling terkesan dengan kedegilan orang awam tersebut adalah petugas kakitangan hospital dan frontliner.
Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan rakyat dan negara. Pihak KKM dan semua kakitangan hospital, bertukus lumus merawat pesakit Covid-19 ni.
Perlu berpakaian yang panas, menutup segala badan mereka untuk beberapa jam sehingga tangan kecut, muka berbekas sebab pakai mask. Semua demi menyelamatkan pesakit covid ni.
Kerana kedegilan segelintir masyarakat yang menipu, tak bagitau perkara sebenra, mereka juga boleh dijangkiti. Yes, ada yang dh dijangkiti, nampak tak kesannya, orang yang tak bersalah kena. Orang yang nak merawat dan membantu anda kena. Macam mana kalau mereka sakit, siapa nak rawat pesakit covid ni.
Mereka juga ada keluarga. Mereka juga perlu bertanggungjawab atas kerja mereka lakukan.
Kakak nad, sepupu nad nurse. Dan mereka berhadapan dengan pesakit, contact covid ni. Kalau keadaan tak terkawal, mereka kene kerja lebih masa, dan tidak boleh pulang ke pangkuan keluarga.
Ni sepupu nad. Merayu supaya orang duduk sahaa di rumah. Dengar nasihat PM, jangan pentingkan diri sendiri.. Allah dah bagi kita akal untuk berfikir.
Terima kasih kepada doktor, nurse, frontliner KKM dan polis. Ya Allah jaga la mereka ketika dalam tugasan. Ku mohon Ya Allah, semoga covid 19 ni berkurangan dan kamo dapat jalani hidup seperti biasa.
Corona Virus : Patuhi Arahan Yang Diberi, Jangan Ambil Sikap Sambil Lewa - Arahan Kawalan pergerakan telah dibuat bermula harini 18 Mac 2020 , tapi tak sangka, baca dekat media sosial, ramai lagi yang tak patuhi arahan dan ambil sikap sambil lewa. Ada masih lagi yang keluar macam tiada apa-apa. Faham bagi yang kena bekerja, tapi yang tak bekerja, jangan degil boleh tak. Penularan virus corona ni dah semakin meningkat di Malaysia.
Boleh bayangkan, bila cikgu-cikgu marah anak murid, anak murid taknak dengar, Hah macam ni la, PM suh duduk rumah, orang dah berakal, dah besar taknak dengar cakap. Sampai PM buat ucapan kali kedua, denagn sempoi ya, padahal dalam hati marah tu, sebab rakyat Malaysia tak dengar cakap. " Dudukla diam-diam di rumah, jaga keluarga, tengok tv HBO takde masalah " Takde HBO, TV3, TV1, TV2 mesti ada..aduhhh..
Bosan duduk rumah, korang google je aktiviti apa yang boleh di buat di rumah. Banyak je. Kalau ade internet, laptop, handphone, hah kau tengokla sampai puas. Lagi aktiviti boleh je memasak, mengemas rumah. Bersihkan mana yang perlu. Masa ni juga buat aktiviti bersama keluarga. Mana yang ada anak-anak, boleh buat aktiviti bersama anak. Masa ni la bonding time korang. Kalau degil, saja cari pasal, nak makan dan minum, lepak sana, hah, duduk dekat luar sorang-sorang jangan masuk dalam rumah. Takut korang yang degil ni penyebab pembawa virus corona ni.
Korang tau tak, dalam situasi macam ni dua situasi yang sukar dibayangkan :
1) Bayangkan kalau terkena pada anak-anak kita, ibu bapa kita yang dah tua tu atau orang tersayang kene tahan dan perlu isolation di ward. Masa tu tiada sesiapa boleh melawat. Sekarang boleh sentuh-sentuh, tapi bila dah kena corona ni, langsung tak boleh. Yang dah besar mungkin faham, kalau baby, anak kecil, kau agak-agak dia seorang je, faham ke..( dah mula pandang muka anak..:(. Ya Allah jauhkanla penyakit dari anak-anak ku )
Tadi nad ada baca dekat twitter, pengalaman seorang pesakit corona ni. Tapi lupa pulak nak retweet. Cari balik lupa dah tadi. Dia cerita, memang takde siapa boleh datang melawat. Kalau nak bagi barang, bagi dekat bawah, nurse akan ambilkan. Ada dia erita sampai dia sembuh.
2) Kalau yang kena penyakit ni teruk dan ditakdirkan meninggal, tau tak pengurusan jenazah mereka? Jenazah dimasukkan dalam plastik, tak boleh dimandikan, hanya tayammum atas beg sahaja. Keluarga tak boleh tatap jenazah, tak boleh bawak balik rumah, tak boleh cium unless dah dikebumikan. Sedih weii..Kalau di China, semua bodies kena bakar/cremate. kalau di Iran, kena treat dengan bahan kimia/calcium oxide.
Kawalan Pergerakan bagi Mengurangi Peningkatan Covid-19 - Setiap hari nad ikut perkembangan tentang covid-19 ni. Bermula dari Wuhan, China, kemudian masuk ke beberapa negara. Semakin hari, baca laporan covid-19 di Malaysia, semakin hari semkain meningkat. Disebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab dengan melancong ke luar negara atau tidak mendengar arahan. Nah, sekarang, dari sedikit menjadi ratus orang yang positif virus Covid-19 ni. Melihat kepada keadaan yang semakin tidak terkawal, PM telah mengeluarkan kenyataan untuk melakukan kawalan pergerakan bagi mengurangi virus ini.
Ramai ingat lockdown, perintah berkurung, tapi sebenarnya tak. Cuma, pergerakan dibataskan untuk elakkan daripada berjangkit. Habis semua orang pergi beli barang dekat Tesco, pasaraya sampai habis. Buat orang lain panic juga. Dah masa tu diaorang berkumpul beramai, tak tau siapa yang ada penyakit Covid tu..Allahuakbar..
Perintah kawalan pergerakan ni bermula esok 18 Mac sehingga 31 Mac. Jadi duduk dalam rumah senyap-senyap. Internet ada, tv ada, pasti tak bosan. Macam nad memang dah biasa duduk rumah dengan anak-anak. Anak-anak pun memang jenis tak merungut boring ke apa. semua mainan ada dalam rumah. Nad sekeluarga keluar bila perlu je,macam job nad sebagai blogger, pergi masa waktu event, kalau ade event la. Tu pun tak selalu. kemudian pergi beli barang semua. Tapi sekarang suami jela pergi beli barang. Takda bawak anak-anak.
Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.
Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
Keempat, penutupan semua TASKA, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Kita telah melihat peningkatan wabak COVID-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.
Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai.
Kita telah melihat beberapa negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan COVID-19. Insyallah bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi.
Yang ni senarai nak lagi faham
Apa yang buka dan apa yang tutup, lebih kurang macam ini lah:
1. Supermarket, Pasar basah, 7 11, Family Mart, Speedmart 99, KK Mart, Tesco, Giant, Jaya Grocer, BIG, Food delivery dan kedai runcit biasa -- Buka.
2. Pejabat Pos, TNB, Air, Balai Polis, Hospital, Penjara, Bank, Bursa Saham -- Buka.
3. Kelab golf, bar, pub, disko, karoake , rumah urut -- Tutup.
4. Workshop, kedai gunting, warung, mamak, restaurant seafood-- Tutup.
5. Kenduri kahwin, kenduri bersunat, kenduri akikah, kenduri cukur jambul -- Kalau boleh, Batal.
6. Kedai handphone, kedai gadget, kedai hardware, kedai baja, kedai racun lalang, Pet shop dan kedai aquarium -- Tutup.
7. Masjid, kuil, tokong, gereja, surau, pejabat kadi -- Tutup.
8. Crematorium, kubur, klinik, farmasi -- Buka.
9. Kedai baju, kedai handbag, kedai emas, kedai kasut, kedai reflexology -- Tutup.
10. Kedai nombor ekor, kasino, spa, gymnasium, kompleks sukan -- tutup.
11. KFC & McD (Drive Thru, Delivery & Take Away) — Buka
Ramai yang tanya mengenai majlis kahwin, majlis tahlil dan sebagainya. Jawapannya TIDAK dibenarkan. Kerana ia adalah suatu perhimpunan sosial.
.
Jika ingkar bagaimana?
Menurut peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 itu dibaca bersama dengan Seksyen 24(a) Akta yang sama menjadikan KEINGKARAN LARANGAN yang akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 adalah satu KESALAHAN JENAYAH.
.
Anda boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Kalau korang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan diri dan keluarga serta orang persekitaran, sentiasala mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.































